Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah berniat jahat kerana menetapkan hari bekerja, Selasa 26 Ogos sebagai tarikh pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Kebanyakkan pengundi berdaftar di Permatang Pauh adalah golongan pekerja. Ini akan menimbulkan sedikit kesulitan kepada mereka untuk membuang undi.
Ketua Penarangan Pas Pusat, Yang Berhormat Hj. Mahfuz Omar melahirkan kebimbangannya atas keadaan itu di dalam blog beliau, gemasuara.blogspot.com
"Saya bimbang ini satu lagi taktik untuk mengurangkan peratusan keluar mengundi dalam agenda Umno-BN memastikan undi kepada Pakatan Rakyat berkurangan sekaligus boleh dijadikan bahan kononnya sokongan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim berkurangan," ujar Mahfuz.
Bagi pengundi yang bekerja di Butterworth, Georgetown atau Balik Pulau, Mafuz berkata, "Jika mereka (pengundi yang bekerja di bahagian pulau) tidak mendapat cuti, bagaimana mereka hendak membuang undi dengan hanya pulang pada waktu rehat yang hanya ada masa satu jam untuk menunaikan kewajiban mereka sedangkan perjalanan dari bahagian pulau ke Permatang Pauh mengambil masa yang lama,"
Beliau juga berharap agar pihak SPR dapat mengkaji semula penetapan tarikh itu dan mengubahnya kepada hari cuti agar para pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan