Selasa, Mac 24, 2009

TUAH BUKIT GANTANG!


Kita dahului dengan ucapan syukur ke hadrat Allah SWT dan tahniah kepada YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas kepercayaan pihak pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang telah memilih beliau sebagai calon bagi PRK P059 Bukit Gantang, dan insya-Allah bakal menjadi wakil bagi rakyat Bukit Gantang.

Merupakan satu pilihan yang tepat memilih Dato' Seri Nizar sebagai calon, dalam suasana politik negara yang tidak menentu sekarang ini, khususnya di negeri Perak.

Mempunyai latar belakang pendidikan dalam dan luar negara, juga berpengalaman luas sepanjang kariernya sebagai Jurutera dan pimpinan serta mempunyai keluarga yang terdiri dari anak-anak yang berjaya dalam pengajian, memberi gambaran bahawa Dato' Seri Nizar antara insan yang boleh diletakkan harapan bagi memimpin masyarakat.

Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa PRK P059 Bukit Gantang ini bakal membuka laluan luas bagi beliau melangkah lebih jauh dalam politik Malaysia jika Allah mengizinkan kemenangan.

Namun jika sebaliknya pun, tidak bermakna karier politik beliau akan berkubur. Allah telah menzahirkan kekuatan jiwa yang ada pada beliau dalam menangani kemelut rampasan kuasa BN baru-baru ini.

Dengan berbekalkan pengalaman yang sangat berharga itu, selain dari pengalaman menerajui Kerajaan Perak (walaupun hanya 10 bulan), insya-Allah rakyat Bukit Gantang bakal mempunyai seorang pemimpin yang cekal dalam perjuangan dan komited memperjuangkan agama dalam kontek keadilan dan kesejahteraan buat semua.

Oleh itu,

"Wahai saudaraku di Bukit Gantang, sesungguhnya kami 'mencemburuimu'. Kamu bakal dikurniakan seorang pemimpin yang hebat. PASTIKAN IANYA MENJADI REALITI".

Isnin, Mac 23, 2009

LAGI GAMBAR-GAMBAR DI MAJLIS `TAKLIMAT KHAS & DIALOG SERTA PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN SEMPENA PRK BUKIT GANTANG’.










SERPIHAN "TUGU DEMOKRASI" BERJAYA DILELONG SEHINGGA RM41,000


Serpihan batu marmar plak “Tugu Demokrasi” yang dibina di bawah ”Pokok Demokrasi” oleh Pakatan Rakyat sempena memperingati Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, yang telah dipecahkan oleh pihak tidak bertanggung jawab tempohari telah berjaya dilelong pada hari Ahad, semalam.


Namun apa yang menakjubkan, nilai lelongan telah berjaya mencecah setinggi RM41,000 hanya untuk lima ketul serpihan marmar, dimana harga bidaan adalah dari serendah RM500.


Demikian sebagaimana telah dinyatakan oleh YAB Dato’ Seri Ir. Hj Mohammad Nizar Jamaluddin dalam ucapan beliau di majlis `Taklimat Khas & Dialog Serta Pelancaran Tabung Kebajikan Anak-Anak Perak Di Perantauan Sempena PRK Bukit Gantang’ di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar petang semalam.


Menurut beliau, selain dipecahkan, pecahan plak besar yang tinggal sudah tidak dapat dimanfaatkan lagi akibat telah disimbah dengan minyak tar.


Ada enam serpihan plak yang telah dijadikan sebagai cenderahati, namun hanya lima untuk dilelong, satu serpihan lagi disimpan sebagai kenangan di Wisma DAP.


Difahamkan, hasil kutipan daripada lelongan itu akan digunakan bagi membina tugu yang lebih besar dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.


Wang selebihnya akan dimasukkan ke dalam tabung peguam PR yang kini menjalankan kes-kes yang sedang diperjuangkan oleh pihak PR dalam menuntut keadilan di mahkamah.


Di majlis taklimat tersebut dianggarkan hampir 1000 orang telah hadir, dimana majoritinya adalah anak-anak Perak yang bermastautin di Kuala Lumpur dan Selangor.


Selain Dato’ Seri Nizar, turut menyampaikan ucapan adalah Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am dan Tuan Guru Ust Hj Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak. Turut hadir, Dr. Lo’Lo’ Hj Ghazali, Ust Hj Hassan Shukri, Pak Subky Latif dan Presiden Anak Perak Di Perantauan, Ahmad Idzhan Ahmad.


Dalam ucapannya, Tuan Guru Nik Aziz mengesa seluruh pengundi Bukit Gantang yang berada di luar negeri Perak, khususnya Kuala Lumpur dan Selangor, agar pulang mengundi pada PRK Parlimen Bukit Gantang nanti.


Beliau mengingatkan bahawa antara faktor penting menyumbang kepada kemenangan besar PAS-PR dalam PRU 12 di Kelantan adalah kerana kepulangan beramai-ramai anak-anak Kelantan di perantauan.


Majlis taklimat tersebut yang bermula pada jam 3.45 petang turut diisi slot soal jawab, dan berakhir kira-kira jam 5.45 petang.

Sabtu, Mac 21, 2009

21 RAKYAT PALESTIN TERMASUK 4 MP DICULIK SEPANJANG OPERASI DI TEBING BARAT


Sejumlah 21 orang rakyat Palestin termasuk empat MP terpilih telah diculik pada Khamis lalu sepanjang serangan awal pagi yang mensasarkan penduduk Palestin di Tebing Barat. Menurut sumber-sumber Palestin, tentera itu telah menyerang bandar raya Ramallah, Nablus, Tulkarem, Bethlehem, Hebron dan Jericho.

Dr Nasser Al Sha’er, Timbalan Perdana Menteri Gerakan Hamas, Sheikh Adnan Asfour, Ketua Politik Hamas, dan Professor Isam Al Ashqar, kesemuanya dari Nablus.

Ahli-ahli PLC, Ayman Daraghma dan Abdul Jabbar Foqaha, serta Mazin Al Reemawi, ahli majlis Perundangan Ramallah, telah diculik di Ramallah. Ahli majlis Perundangan, Azzam Salhab dan Nizar Ramadan telah diculik di Hebron, dan Khalid Tafish di Bethlehem. Sembilan orang awam telah diculik sepanjang serangan awal pagi itu yang mensasarkan bandar raya Hebron dan kampung-kampung berdekatan.

Penduduk melaporkan askar-askar itu menyerang rumah-rumah mereka dan menggeledah barang-barang kepunyaan mereka semasa serangan. Dua orang awam telah diculik sepanjang serangan yang serupa mensasarkan Kem pelarian Okbet Jabber terletak di bandar raya Jericho.

sumber : http://electronicintifada.net/v2/ & http://palestinkini.info
penterjemah : Nurul


Jumaat, Mac 20, 2009

AL-FATIHAH


Ketua Penerangan DPPN9 yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Tampin, Negeri Sembilan, Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin (gambar) telah kembali menemui ALLAH jam 11.20 malam tadi (khamis) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Disyaki akibat demam denggi.

Kepada saudara mara, sahabat handai dan kenalan boleh menziarahi jenazah almarhum di rumah mertua almarhum, Tn Hj Kassim (Rembawi) di Gedung Lalang, Ampangan, Seremban.

Menurut ipar beliau, Ustaz Suhaimi Kassim, jenazah akan di sembahyangkan di Masjid Paroi Jaya selepas Solat Jumaat.

Pemergian almarhum adalah satu kehilangan besar bagi Pemuda PAS Negeri Sembilan kerana ketokohan dan sifat kepimpinan beliau. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh nya dan ditempatkan bersama para syuhada dan para solehin.

sumber : Pemuda PAS N9

Khamis, Mac 19, 2009

PELANCARAN KELAB REMAJA ISLAM



Generasi pelapis memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan perjuangan Islam di masa depan.


Sehubungan dengan itu, Lajnah Tarbiyyah Wilayah dengan Kerjasama Nisa' Wilayah akan menganjurkan sebuah program `Ceramah Motivasi Smart Group’ yang akan disampaikan oleh Ust. Ridhauddin, seorang pakar motivasi pada hari Sabtu, 28 Mac 2009, jam 8.00 pagi di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.


Dijemput kepada semua remaja Islam yang berada di seluruh Kuala Lumpur untuk hadir ke ceramah motivasi tersebut sempena dengan Pelancaran Kelab Remaja Islam yang buat julung-julung kalinya di wujudkan di Kuala Lumpur.


Kepada adik-adik, jangan lepaskan peluang ini. Ajak semua rakan-rakan, jiran, sanak saudara dan semuanya untuk meramaikan keahlian Kelab ini.


Kelab ini akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai yang sesuai dengan usia adik-adik sekalian.


Terbuka kepada semua yang berumur 13-19 tahun.

Penyertaan Percuma dan Terhad.

Siapa cepat dia dapat...

Hebah-hebahkan bersama.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi mereka :-

SOLAHUDDIN 012-2645380
AISYAH 013-9181078
AZIYATI 013-2009426

Rabu, Mac 18, 2009

MARKAZ BARU - PAS Cawangan Taman Dato' Senu.



ALHAMDULILLAH! Setelah lebih lima bulan menanti, kini markaz baru bagi PAS Cawangan Taman Dato' Senu, Sentul, Kuala Lumpur sudah sedia untuk beroperasi. Tapak markaz lama sebelum ini terletak di No. 35, Jalan Dato' Senu 12.

Tapak baru di No. 25, Jalan Dato' Senu 10, Taman Dato' Senu, kini bersebelahan rumah YDP Cawangan dan berhampiran Surau Ubuddiah, Kg Puah Bahagia. Insya-Allah segala program yang tertangguh sebelum ini dapat diteruskan.

(Gambar-gambar dirakam semasa kerja-kerja akhir)

Rabu, Mac 11, 2009

MESTI TONTON ! - Debat Al-Quran-Injil (3)

MENGUPAS ILMU PENGETAHUAN
AL-QURAN DAN INJIL.


(Posting video kali ini memaparkan hujah balas daripada Dr. Zakir Naik)


(7)


(8)


(9)
...bersambung...

Jumaat, Mac 06, 2009

MASJID AQSA BAKAL RUNTUH TIDAK LAMA LAGI?


Penggubal undang-undang Palestin dan pengerusi jawatankuasa Baitulmuqaddis dalam PLC, MP Dr Ahmad Abu Halabia menyatakan pengumuman Israel untuk menggali dua terowong di bawah Masjid Aqsa merupakan “ujian untuk orang Arab dan umat Islam”.

Dalam satu temubual dengan PIC pada Rabu lalu, Abu Halabia menerangkan bahawa usaha-usaha Israel itu untuk meyahudikan segera bandar itu akan diperhebatkan lagi termasuk memusnahkan lebih banyak kediaman Palestin dan memaksa ramai keluarga keluar dari bandar tersebut.

Beliau menekan penggalian Israel di bawah makam ketiga paling suci untuk umat Islam sudah sampai ke peringkat mencemaskan dan mula untuk mengancam asas masjid itu

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

ZUBIR ALI, SATU KEHILANGAN BESAR DUNIA SENI ISLAM


Oleh : Nyza Ayob

Fri | Mar 06, 09 | 4:13:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - "Satu kehilangan besar buat negara dalam dunia kesenian Islam."

Demikian luahan tokoh seni dan budaya, Dinsman (gambar), yang merupakan sahabat baik Allahyarham Zubir Ali apabila menjelaskan betapa kepulangan Allahyarham Zubir merupakan satu kehilangan besar bagi kesenian Islam di negara ini.

"Saya mengenali Zubir (gambar) sewaktu sama-sama belajar di Maahad Mahmud, Alor Setar. Kemudian kami sama-sama meneruskan pengajian ke Kolej Islam, Klang. Seterusnya kami menyambung pengajian di Universiti Malaya.

"Kami sama-sama memperjuangkan kesenian Islam. Saya di bidang teater dan Allahyarham di bidang Muzik. Di Universiti Malaya, kami sama-sama dalam KESUMA. Saya mempersembahkan teater, Allahyarham mencipta lagu-lagu untuk teater tersebut,"katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily hari ini.

Allahyarham merupakan bekas vokalis kumpulan Harmoni yang popular dengan lagu 'Penantian'. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Kebudayaan, Pembangunan, Perkhidmatan dan Kegiatan, Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya.

"Beliau tidak pernah lokek dalam memberi ilmu. Seorang insan yang cukup mudah didekati,malah kalau pelajar datang untuk mendapatkan nasihat serta pandangan mengenai aktiviti seni beliau sentiasa berada bersama mereka tanpa mengira masa,"jelas Penyunting Harakah,Mohd Khalil yang pernah berguru dengannya semasa menuntut di Universiti Malaya sekitar tahun 1996-2000.

Tambahnya, Zubir tidak hanya membantu pelajar dari sudut aktiviti seni muzik malah pernah turut melibatkan diri dalam kegiatan seni lain seperti Teater dan acara Deklamasi Puisi.

"Paling tidak dapat dilupakan,allahyarham banyak memberikan tips-tips yang berguna untuk menjadi seorang pendeklamator yang baik,"katanya yang pernah mewakili Universiti Malaya ke peringkat IPT dalam Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan.

Paling terasa bagi pelajar,kata Khalil, Zubir tidak akan menghampakan sebarang undangan di peringkat universiti jika ia melibatkan aktiviti pelajar.

"Beliau tidak pernah meminta sebarang bayaran...walaupun dirinya dikenali sebagai penyanyi dan komposer terkenal negara...kalau diundang,khalayak tidak akan sunyi dengan petikan gitarnya dengan deretan lagu-lagu puisi,"tambahnya sambil menyifatkan allahyarham antara insan yang sukar dicari ganti sebagai pensyarah dalam bidang yang pelbagai.

Antara lagu, lirik dan nyanyian Zubir Ali yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam bagi sesiapa yang mendengarnya iaitu Balada Gadis Kecil mengenai penderitaan seorang gadis kecil bernama Munir diceritakan dalam elemen lagu puisi yang cukup menyentuh perasaan. Lagu tersebut juga pernah memenangi Lagu Terbaik Pesta Lagu Malaysia 1983.

Dalam satu temubual bersama Harakahdaily mengenai pelancaran album ketiganya 'Zubir Ali 06' tiga tahun lalu, beliau menyatakan tidak semua penyanyi dapat menyanyikan lagu-lagu puisi kerana jiwa puisi agak berbeza. Lantaran itu beliau lebih selesa menyanyikan sendiri lagu-lagu ciptaannya.

"Lagu-lagu saya ditulis dengan hati dan sesiapa yang 'mempunyai hati' akan tertarik dengan lagu-lagu saya. Dan lagu saya ditujukan untuk mereka boleh mendengar sesuatu yang murni. Lagu saya bukan sekadar untuk berhibur tetapi juga mengajak manusia berfikir mengenai kehidupan," jelasnya dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakahdaily.

Zubir yang merupakan komposer, penyanyi lagu-lagu puisi dan pendidik kepada pelbagai insan seni meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada jam 11 pagi tadi selepas menjalani pembedahan jantung.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan insan-insan yang soleh. Al-Fatihah. - mks._