Parti Islam Se Malaysia (PAS) membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam
PAS mengakui bahawa hak kebebasan bersuara memberikan jaminan kepada semua pihak untuk berdailog dan berbincang berhubung isu-isu kepentingan umum, namun demikian isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam adalah seasuatu yang mutlak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dan dipelihara oleh perlembagaan negeri-negeri.
Oleh itu PAS merasakan kiranya forum ini diteruskan ia nanti mampu mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara. Dan ini sudah pasti akan menjejaskan keharmonian negara dan akan merugikan semua pihak.
Bagi PAS Islam adalah agama yang membawa dan menjanjikan kebaikan buat semua, oleh yang demikian sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa (authority) kerana Islam berdiri berteraskan sumber-sumbernya sendiri.
Kerana itu PAS berpandangan inisiatif Majlis Peguam
Demi menjamin kestabilan dan hubungan antara agama dan kaum PAS menyeru pihak penganjur agar membatalkan sahaja forum berkenaan.
Parti Islam Se
-Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan