Rabu, Oktober 29, 2008

SUSUR JALUR ISLAM DI MALAYSIA. TAHUKAH KITA?

Assalamualaikum..!

Terlebih dulu saya mohon maaf...dah lama tak update blog ni. Namun apa yang membuat saya tergerak hati nak update kali ni, kerana ditakdirkan Allah saya terjumpa satu blog 'Empayar Islam Benua Siam Kedah' yang pada saya sangat-sangat berguna untuk kita jadikan rujukan ataupun kajian berkenaan perjalanan salasilah Islam dan bangsa Melayu di tanah air kita ini.

Dalam kita melaungkan dan berbangga menjadi pejuang Islam ataupun Melayu, pernah ke kita tahu ataupun ambil tahu perihal perjalanan dan perjuangan generasi sebelum kita? Dan tahukah kita barangkali ada kisah disebalik kisah yang mungkin tidak kita ketahui?

Macam gambar-gambar yang saya sertakan di sini, tahukah anda gambar apakah ini? Inilah gambar apa yang didakwa sebagai kuil yang menjadi rebutan antara pihak Thailand dan Kemboja sekarang. Benarkah kuil?

Saya petik antara lain kenyataan yang terdapat di dalam blog itu berkenaan perkara tersebut. "Prasat Preah Vi Hear bukannya sebuah wat atau kuil malah ia adalah sebuah bangunan istana yang pernah didiami oleh Raja Siam Islam Kemboja Cempaka Sari bernama Po Chan Koya Long. Maksud Prasat-Prah-Vi-Hear ialah, Pertahanan-abang-pusingan-kelima. Sila rujuk salasilah Koya Long yang mempunyai 5 orang beradik dibahagian bawah blog ini."

Memang niat saya nak promosi blog berkenaan di sini, jika itu boleh dikira sebagai perjuangan. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang mengendalikan blog berkenaan. Moga usaha kalian akan mendapat ganjaran besar dari Allah SWT.

Untuk memudahkan anda melayari dan mengikuti artikel-artikel terkini dalam blog tersebut, saya 'link'kan untuk anda di bawah ruangan 'Blog Pautan - Terkini' di dalam blog ini. Moga ada manfaat untuk kita semua..Insya-Allah.

Khamis, Oktober 16, 2008

KERJA-KERJA PERPINDAHAN TELAH BERMULA





Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Bermula minggu lepas, kerja-kerja perpindahan Markaz Tarbiyyah Pas Cawangan Taman Dato' Senu telah bermula dan semalam fasa akhir. Binaan tambahan terpaksa dibuka untuk dibawa ke tapak baru.


Insya-Allah jika tiada aral melintang kerja-kerja perpindahan akan selesai dalam masa terdekat dan segala program yang dijalankan di Markaz Tarbiyyah Pas Cawangan Taman Dato' Senu akan berjalan seperti biasa.

Banyak kenangan terpahat di sini. Mudah-mudahan di tapak baru Pas Cawangan Taman Dato' Senu akan lebih maju dalam menjadi nadi pengerak dakwah.

Khamis, Oktober 09, 2008

MESTI TONTON! - Haid Dan Nifas (3)




(7)

(8)


(9)

Tajuk : Permasalahan Dan Penjelasan Lengkap
HAID DAN NIFAS
Oleh : Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki
Tempat : Dewan Maa'had Muhammadi Perempuan,
Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

Rabu, Oktober 08, 2008

GERAKAN ANTI TUAN GURU NIK AZIZ MENULAR DALAM USRAH PAS?


Baru-baru ini saya ada terbaca artikel tulisan sahabat saya 'Sang Kelulut' bertarikh 6.10.2008 di bawah tajuk 'Gerakan anti Tuan Guru Nik Aziz menular dalam usrah PAS'.

Beliau memulakan tulisanya itu dengan mendedahkan satu peristiwa dimana seorang Ustaz telah mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar dalam satu majlis Usrah di satu lokasi (tanpa menyatakan lokasinya) di negeri Selangor.

Antara lain kata-kata Ustaz (yang dikatakan berasal dari utara tanahair yang kini aktif dengan Pemuda Pas Selangor) itu menyebut,"...dari fitnah melanda Tok Guru (Nik Aziz)...eloklah kita mohon pada Allah agar beliau cepat mati...".

Saya pasti tidak akan ada orang yang waras akalnya dapat menerima kata-kata seperti itu. Jika benar kata-kata itu keluar dari mulut seorang yang 'digelar Ustaz', apakah niatnya? Apa faedah yang kita dapat dengan berkata begitu? Saya tak pasti adakah 'Sang Kelulut' mendengarnya sendiri atau hanya mendengar khabar, perlukan penjelasan dan kepastian.

Jika hanya mendengar khabar saya rasa tak perlulah kita nak 'publish'kan dalam blog atau sebagainya. Andai benar sekalipun, tak ada faedahnya kita war-warkan satu dunia. Andai benar juga, saya yakin hanya segelintir yang bersikap sedemikian.

Bagi kelompok ini, harapan saya janganlah antum masuk dalam golongan pem'batu api'. Kita sepatutnya cuba sedaya upaya merapat dan mengeratkan kembali jemaah kita yang nampak agak 'celaru' dan 'keliru' sekarang ini. Bukan meng'api-api'kan.

Ini tanggungjawab semua, untuk kembali melihat jemaah kita mampu menjadi payung dan harapan kepada semua lapisan masyarakat. Ingatlah bahawa kita berdiri diatas platfom dakwah, bukan politik semata-mata.

Sebenarnya banyak pekara yang dibangkitkan oleh sahabat saya 'Sang Kelulut' dalam tulisanya itu dan tulisan-tulisan beliau sebelum ini. Tapi malaslah saya nak ulas. Nanti dikatakan pem'batuapi' pula.

Selasa, Oktober 07, 2008

'RUMAH BARU'

Assalamualaikum.

Saya terpaksa 'pindah'. Bak kata Ustaz Nasaruddin Tantawi, 'Rumah Baru'. Entah kenapa tetiba je 'templet' sebelum ni buat hal. Mabuk kot..banyak sangat makan lemang ngan rendang agaknya.

Jadi terpaksa le guna 'templet' baru. Sorry le kalau tak menarik. Pulun je! Yang penting ada tempat nak cari dan sampaikan maklumat.

Ok..! Selamat berpuasa Enam lah ye...!

Isnin, Oktober 06, 2008

'AMARAN'... kata Harakah.




Alhamdulillah. Hampir seminggu sudah kita meraikan Edulfitri. Kini boleh dikatakan sudah hampir semua warga kota yang pulang ke kampung berhari raya kembali menyambung tugas mencari rezeki.

Saya sendiri pun semalam sampai dari kampung. Walaupun hari ini ‘office’ masih lagi cuti, saja balik sehari lebih awal untuk berehat. Sepanjang di kampung saya memang tak berpeluang nak jengah blog ini, apatah lagi nak ‘update’. Saya masih tak punya kemudahan untuk itu. Insya-Allah..pelan-pelan!

Apapun, untuk hari ni saya mulakan dengan satu isu yang sentiasa panas. ‘TUKAR KERAJAAN’. Saya tak berhajat untuk menulis atau mengulas berkenaan isu itu.

Cuma saya ‘publish’kan kembali artikel tulisan Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi di dalam blog beliau hari ini berkenaan ‘AMARAN’ Tok Guru Hj Hadi Awang yang tersiar dalam Harakah bilangan : 1379 baru-baru ini. Bukan apa, banyak sangat komen-komen yang kita dengar terhadap TGHH berkaitan isu ‘tukar kerajaan’ tu.. Kebanyakkannya komen yang tak puas hati le. So..apo nak dikato..! Bak kata si Nabil ‘Raja Lawak’…LU PIKEI LA SENDIRI..!!!

Monday, October 06, 2008

AMARAN :

HARAKAH .. OH .. HARAKAH


Banyak SMS yang saya tidak kenali menerobos masuk ruang inbox dengan nada marah dan sinis kepada Tok Guru Presiden ekoran " AMARAN " yang disiarkan oleh Harakah bilangan : 1379 baru - baru ini .


Oleh kerana Harakah bilangan tersebut diterbitkan menjelang Aidil Fitri , sedang saya dalam perjalanan pulang ke kampung , maka saya tidak berkesempatan untuk membacanya. Pagi ini masih ada lagi orang hantar sms dgn bahasa yang sangat tidak sedap didengar . ( apabila saya berkali - kali hubungi semula nombor handphone penghantar sms tersebut , senyap tanpa respon ) Lalu saya meminta jasa baik sahabat agar mencari Harakah bilangan 1379 untuk saya teliti terlebih dahulu.

Apabila saya membaca laporan mengenai ucapan Tok Guru Presiden ( di Majlis Ceramah Isu Semasa di Perkarangan Surau Hj Zainal Abidin Dungun ) , saya berpendapat : tajuk "AMARAN" adalah salah dan tidak wajar .

Cuba lihat bagaimana antara quote ucapan Tok Guru yang disiarkan " Kita ( PAS ) bersedia untuk mengubah kerajaan tetapi dengan syarat mestilah kerajaan itu lebih baik daripada yang sedia ada ( BN ) . Kita tidak mahu berubah kepada yang lebih buruk tetapi mesti lebih baik , dan dasar Islam menjamin keadilan buat semua rakyat. "

Saya percaya semua orang setuju dengan kenyataan tersebut. Tiada siapa mahu perubahan kerajaan tetapi sama atau lebih buruk dari kerajaan yang sedia ada . Maka ini mesti dibaca sebagai satu nasihat atau peringatan bukan amaran .

Perkataan amaran membuatkan pembaca resah serta merasakan Tok Guru ni terlalu radikal sedang realitinya Tok Guru sebagai pemimpin Gerakan Islam hanya mahu memastikan Islam terjamin , itu sahaja . Malah Tok Guru sangat bersedia untuk bersama dengan agenda perubahan.

Bahkan perubahan kerajaan ( at - taghyir ) terlebih dahulu telah digerakkan oleh Tok Guru sejak lama dulu , ( disaat orang yang bercakap pasal perubahan hari ini dulunya tidak mahu perubahan kerajaan sebaliknya mempertahankan kerajaan tersebut ) . Justeru itu sangat tidak wajar menempelak Tok Guru kononnya menganggu plan perubahan kerajaan ini dan menganggap Tok Guru tak buat kerja apa -apa untuk perubahan .

Tajuk yang selayaknya untuk Harakah paparkan ialah " Kerajaan Baru mesti Lebih Baik dari Kerajaan Sedia Ada "

Saya sekali lagi sangat yakin , tajuk sedemikian akan dipersetujui oleh semua pihak . Soal kenapa Harakah cenderung menggunakan tajuk AMARAN sebagai muka depan tidaklah saya ketahui . Tetapi saya mengharapkan agar Harakah boleh memikirkan atau menilai kewajaran pandangan saya .

Sebelum ini , saya juga cenderung menganggap malah itulah yang dikehendaki oleh Tok Guru ( apabila Tok Guru menyebut soal Islam mesti dominan atau Islam mesti terjamin dan perkataan - perkataan sama erti dengannya ) bahawa ianya adalah satu peringatan juga nasihat agar Islam tidak dipersiakan . Saya juga pernah menyebutnya sebagai lafaz Ta'lik . ( dengan maksud hubungan dan gerakkerja kita ke arah merubah dan menubuh kerajaan baru mestilah menepati syarat kita bersama dalam - tahalluf siasi - jika tidak menepati syarat maka hubungan kerjasama kita terbubar / batal )

Terdapat Hadith Nabi saw. yang menjadi satu kaedah penting dalam Islam. Hadith ini riwayat Tarmizi (hadith hasan sahih)

الصّلْحُ جَائِزٌ بَيْنَ المُسْلِمِينَ. إلاّ صُلْحاً حَرّمَ حَلاَلاً أوْ أحَلّ حَرَاماً.

والمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ، إلاّ شَرْطاً حَرّمَ حَلاَلاً أوْ أحَلّ حَرَاماً

Perjanjian adalah harus dikalangan muslimin kecuali perjanjian mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram . dan Muslimin berpegang kepada syarat - syarat mereka kecuali syarat yang mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram .

Apabila peringatan dan nasihat diberi , ia tidaklah bermakna kita benci atau semata - mata tidak bersetuju dengan pihak yang diberi peringatan atau nasihat . Nabi saw. pernah bersabda :

الدين النصيحة

Agama itu adalah Nasihat .