Nak ulas pasal YB DSAI kembali ke parlimen, rasanya kat internet ni dah berlambak dan bermacam-macam ulasan. Saya pun dah banyak 'link'
Cuma harapan kita (saya), apa pun moga kembalinya YB DSAI ke persada politik dan parlimen negara akan memberi impak yang sangat-sangat baik kepada semua pelusuk lapisan masyarakat amnya dan kepada Islam khususnya. Semoga apa jua kepincangan yang berlaku sebelum ni dapat diperbetulkan kembali.
Ok. Rasanya kalau nak cerita dan baca pasal politik selalu pun letih juga. Apa kata kalau saya tulis bab yang agak santai, ok kot. Lagipun blog saya ni tak terikat dengan satu-satu konsep, lebih kepada nak menyatakan rasa hati je. Walaupun tulisan tu datang dari orang lain, klau saya rasa serasi dengan jiwa saya, saya akan 'publish'
KENDURI KAHWIN
Sekadar nak berkongsi cerita. Sabtu lepas (23hb) buat pertama kalinya selepas kira-kira 2 tahun saya balik kampung asyik dengan kereta je, kali ni saya balik kampung dengan bas. Dulu 'time' bujang biasalah balik kampung naik bas, kadang-kadang tunggang motorsikal. Bila dah kahwin terus beli kereta, dengan niat biarlah isteri dan anak-anak nanti merasa sedikit selesa.
Saya balik kerana urusan kenduri kahwin sepupu. Mulanya memang rancang nak balik dengan kereta, tapi bila fikirkan kereta yang dah lama tak servis tambah pula dengan kos minyak yang dah melambung, terpaksalah guna alternatif lain.
Saya balik pun seorang je, anak isteri tak ikut. Ye lah, esoknya dah hari Ahad, Isnin dah nak kerja. Memang meletihkan kalau naik bas bawa anak-anak dalam masa singkat macam tu. So, baliklah saya sendirian macam‘time’ bujang-bujang dulu..hehe
Bas pilihan saya, Transnasional (gambar). Ingat nak naik Plusliner boleh turun kat Bota tapi lewat sangat, pukul 10.30 pm. Bas Transnasional ni bertolak pukul 2.30 pm. Sampai di Bidor bas berhenti kat Restoran Kari Kepala Ikan Salim (gambar). 'First time' saya singah minum kat situ.
Kebiasaanya dalam 4 jam sampailah. Hari tu pukul 7 baru sampai. Turun di Setiawan, lepak kat masjid. Solat Jama’ Ta’dim. Nak naik bas ke kampung ‘time’ tu memang dah takde. Nak naik teksi, entah berapa pulalah tambangnya. Akhirnya ‘call’ Abang minta datang ambil.
Sampai kampung kat rumah sepupu yang nak kahwin tu, saya terserempak dengan dua individu yang ada kaitan dengan kes yang tengah panas kat Perak sekarang ni. Kes apa lagi kalau bukan pasal rasuah tu lah. Dua individu tu tak payahlah saya nyatakan namanya. Daripada sembang kitaorang tu, mereka menyatakan ini memang satu konspirasi nak menjatuhkan kerajaan PR Perak.
Eh, ingat tadi tak nak sentuh pasal politik, terselit juga sikit. Tak pelah. Ok lah, kat bawah ni ada saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan ‘time’ kenduri tu untuk tatapan anda khasnya saudara-mara yang minta saya masukkan dalam blog ni. Maaflah ye, kalau-kalau ada gambar yang agak ter’tabarruj’ tu.
SAHABAT
Saje nak tambah lagi. Buat sahabat saya yang kini bekerja kat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan