Rabu, Mei 13, 2009

SUASANA BAIK DIANTARA RAJA MUDA DAN DS NIZAR

Gambar tidak boleh menjelaskan semua. Namun dari apa yang dilihat kita tahu apa yang pihak kerajaan war-warkan kat media perdana dan juga apa jua media milik mereka adalah tidak sama dengan realiti. Jelas realitinya hubungan Nizar adalah sangat baik dengan Raja Muda. Apa bila kita membaca berita, kita perlu membaca kedua dua versi kerajaan dan pembangkang. Selepas itu buat perbandingan dan kajian. Maka akan ada satu keyakinan sama ada benar atau tidak sesuatu berita itu.

Apabila dilihat dari keadaan semasa, maka kita lihat isu perak kini menjadi semakin kelam kabut kerana keputusan mahkamah yang tidak kosisten. Mahkamah Tinggi sahkan kan kedudukan Nizar, Mahkamah Rayuan tangguhkan. Ini dilihat seolah-olah undang-undang boleh diatur seperti permainan. Ini amat merbahaya. Bakal nanti ada orang tak akan takut undang-undang lagi kerana bila sesuatu keputusan dah dibuat tidak menjadi masalah, kerana nanti aku boleh merayu.


Bagi saya jalan yang terbaik ialah adakan pilihan raya di tiga kawasan yang mana ADUNnya menukar sokongan, itu sahaja. Tidak perlu satu negeri diadakan pilihan raya. Atau pun mahkamah berikan arahan pengantungan terhadap dua MB (kedua dua MB dihalang dari melaksanakan atau melakukan apa apa jua tugasan berkaitan jawatan). Bekukan kuasa buat seketika sehingga satu jalan penyelesain dapat dibuat, dan pada masa pembekuan ini SULTAN PERAK hendaklah melantik seorang penyandang jawatan MB dari kalangan orang berkecuali untuk menjalan fungsi Kerajaan Perak buat sementara.


Sekadar cadangan, lain orang lain pendapat. Dengan cara ini pasti tidak akan berlaku cabar mencabar keatas apa jua tindakan atau perkara yang telah diluluskan atau tidak diantara kedua MB sedia ada (ini dinamakan jalan tengah dimana SULTAN tidak memihak mana mana pihak). Gantung tugas kedua dua MB. Jika tiada tindakan drastik dari ISTANA maka krisis ini pasti akan berlanjutan dan akan merugikan rakyat Perak.


Tepuk dada tanya selera. Ambil jalan yang terbaik. Kalau nak diharapkan mahkamah, kelihatan tidak berapa baik kerana kelihatan keputusan tidak selari (institusi perundangan boleh diragukan). Keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mungkin baik untuk kedua-dua belah pihak tetapi amat tidak baik untuk rakyat.


Ridzuan Kuala Lumpur.

Dipetik daripada komen pembaca di blog cina islam

Tiada ulasan: