Rabu, Januari 14, 2009

RASUL SAW MENGHADAPI YAHUDI

Khaibar ! Khaibar ! Ya Yahud ! Jaisyun Muhammad qad ya`ud ! Khaibar ! Khaibar ! Ya Yahudi ! Tentera Muhammad telah kembali !


Segala puji bagi AlLah swt yang Maha Agung lagi Maha Perkasa. Selawat dan salam buat Rasul junjungan saw, kaum keluarga dan para sahabat yang diredhai AlLah hendaknya.


Takwim Hijrah pada tahun ini disambut oleh ummat Islam seluruh dunia dengan ratap tangis serta perasaan hiba yang tak keruan apabila hanya mampu melihat dan memendam rasa dari kejauhan melihat saudara-saudara mereka yang seagama dibunuh dengan begitu kejam sekali oleh sekelompok bangsa manusia yang mendakwa merekalah satu bangsa yang paling `mulia` di atas muka bumi ini.


Dengan status bangsa `mulia` itulah mereka bebas memperlakukan apa saja kepada bangsa-bangsa lain yang menjadi penghalang kepada cita-cita `mulia` tersebut. Inilah bentuk tamaddun (hadharah) atau `civilization` yang ummat Islam dan manusia umum menghadapinya sekarang, dalam dunia moden ini.


Dari kacamata kita sebagai ummat Islam, mengapa kaum Yahudi yang hanya beberapa juta sahaja yang menjadi penduduk negara haram Israel sekarang dapat melakukan wewenangan begitu rupa sehingga tidak dapat dihalang oleh ummat Islam Arab yang ratusan juta itu. Ke mana dan apa yang dilakukan oleh ummat Arab dan pemimpin-pemimpin mereka?


Lalu bagaimana pula saudara-saudara mereka yang bukan Arab, yang jumlah mereka mencecah ribuan juta lagi, ke mana mereka ini ? Sudah tidak mendiami bumi ini lagi atau sibuk meneroka, menakluk planet-planet lain sebagai tempat tinggal yang baru…..!


Sarat dengan persoalan-persoalan yang tidak dapat memberikan jawapan atau tindakan yang berkesan sebagai ummat Islam !


Dari sudut pandangan yang realistik atau dari pandangan Yahudi sendiri, ummat Islam sekarang hanyalah bidak-bidak catur yang menjadi permainan mereka mencapai cita-cita dan agenda protokol. Bertepatan dengan maksud sabda Nabi saw `ummat Islam di akhir zaman seumpama buih-buih di waktu banjir` banyak tetapi tidak mempunyai kekuatannya lagi.


Masih lagi kita cuba melihat dari pandangan yang berpijak di bumi nyata, sememangnya Yahudi adalah satu bangsa yang maju, memacu, mencetus dan mencorakkan ketamaddunan manusia atau civilization yang diiktiraf dunia moden sekarang.Tidak hairanlah mereka atau bangsa Yahudi itu begitu berkuasa dan berasa mulia!


Sebagai ummat Islam dan ummat manusia mari kita menghadapi kenyataan, bahawa kita sekarang sebenarnya berada di bawah telunjuk bangsa Yahudi laknatulLah itu dalam seluruh kehidupan dan ketamaddunan manusia yang kita sedang membinanya.


Cuba kita selidiki semua cabang dan aspek kehidupan kita, ekonomi, politik, pendidikan, perundangan, kebudayaan, sukan, ketenteraan, undang-undang antarabangsa, protokol dan diplomatik semuanya amat bergantung rapat dengan kepakaran dan pengiktirafan bangsa laknatulLah itulah juga.


Ya! kenyataannya begitulah saudara-saudara ku, sehinggakan jika ada antara saudara kita yang akan bercakap atau menyuarakan pandangan `Islam` mestilah atau terpaksa atau merasa selesa dan berpuas hati jika pandangan dan suara itu mendapat restu serta melalui prosedur mereka.


Lalu apa yang ada dan tinggal kepada kita, untuk kita sebagai ummat Islam ? Maaf ya jika saya katakan hanya tinggal batang tubuhnya yang masih hidup, tetapi memerlukan segala-galanya bantuan dari luar…pernafasan, oksigen, darah, makanan, air, nilai-nilai agama, ibadat dan apa saja dari orang luar terutamanya bangsa Yahudi itu lah juga ! Tidak hairanlah mereka atau bangsa Yahudi itu begitu sombong dan angkuh sekali terhadap kita!


Sampai bila kita cuba mengelak atau menafikan kenyataan-kenyataan yang berlaku dengan berdemontrasi melaungkan perasaan yang penuh emosi, sarat dengan kebencian yang amat sangat, membakar segala bendera dan patung-patung pemimpin-pemimpin mereka? Lagak dan kelakuan kita tersebut tak ubah macam `Ayam Turkey` atau ayam piru yang berbunyi.. kluk ! kluk ! kluk !.. kluk ! kluk !... kluk ! kluk ! apabila disergah oleh budak-budak nakal, lalu mengembanglah semua bulu dan kepaknya memperagakan `kehebatan` si ayam piru.. kluk ! kluk ! kluk !... kluk ! kluk !


Emosi tanpa rasional - gila. Rasional tanpa emosi - dungu. Sampai bila pula kita nak rasional berunding dan berdamai dengan satu bangsa yang menganggap bangsa-bangsa selain Yahudi adalah binatang. Gencatan senjata atau perjanjian hanyalah helah untuk mencengkam dan menukar taktik penyerangan atau penguasaan. Tak dapat dengan tentera sendiri, diguna PBB, NATO tak mustahil `OIC`, tak lut dengan senjata dihamburkannya melalui Bank Dunia atau bantuan kemanusiaan.


Reaksi atau tindakan dunia civilization hari ini sebenarnya satu daripada prosedur atau tunjuk ajar mereka juga saudaraku, sebab itu tak sampai ke mana pun. Selagi ummat Islam tidak boleh berdiri dengan diri dan keupayaannya sendiri sebagai ummat Islam yang bermaruah yang beriman kepada AlLah swt dan Rasul saw lalu berbangga dengan keyakinan iaitu sistem mereka sendiri serta hidup dengan civilization mereka yang tersendiri (Hadharah Islamiyyah).


Setiap diri ummat Islam itu sendiri mesti menghadapi dan menewaskan `yahudi-yahudi` berupa segala sistem yang mencengkam dan menguasai kehidupan kita sekarang ini yang berada dekat dengan kita, malahan ada dalam diri serta tabiat dan budaya persekitaran kita.


Kita insyaAlLah akan dapat menolong saudara-saudara kita di Gaza (Palestine) atau di mana jua walaupun jauh, apabila kita berjaya membebaskan diri kita dari sistem riba, membebaskan diri dan kelompok kita dari perjuangan sia-sia membazir waktu dan usia menyuburkan sistem demokrasi, membebaskan diri dan keluarga kita dari menerima racun sistem pendidikan sekular, membebaskan diri dan rakan dari membina ekonomi kapitalis.


Tetapi kita tidak akan dapat menolong dan menyelamatkan saudara kita, kaum kerabat atau anak-anak kita sendiri walaupun berada di depan mata, hatta diri kita sendiri jika kita tidak membebaskan diri masing-masing dari segala sistem Yahudi laknatulLah tersebut.


Jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh membebaskan semua rangkaian penindasan itu barulah slogan-slogan seperti - Hancur Israel, Jahanam Amerika, Pergi Mampuih Bush dan kuncu- kuncunya membawa erti yang sebenar dalam diri dan kehidupan ummah. Jika sebaliknya, samalah kita ini macam ayam piru-ayam piru tadi.


Sebab itu saudaraku sudah hampir ratusan tahun ummah berdemontrasi membenci Yahudi dan sekutunya tetapi Yahudi semakin kuat. Apa tidaknya ummah hanya berpura-pura membenci Yahudi yang jauh, tetapi Yahudi yang dekat telah sebati, mendarah daging dalam kehidupan ummah sendiri.


Khaibar ! Khaibar ! Ya Yahud ! Jaisyun Muhammad qad ya`ud ! Khaibar ! Khaibar ! (ingat peristiwa Khaibar) Wahai Yahudi ! Tentera Muhammad telah kembali !


InsyaAlLah apabila ummat Islam berasa bangga dan cukup istimewa dengan pengiktirafan AlLah dan RasulNya kepada mereka dengan menjadi tentera Muhammad saw yakni yang mengembalikan semula cara hidup dan berusaha bersungguh-sungguh membina serta menghidupkan Hadharah Islamiyyah seperti yang ditunjukan oleh Baginda Rasul serta generasi sahabat, pada ketika itulah segala sistem Yahudi dan semua bangsa Yahudi akan dapat dihalau atau ditewaskan sebagaimana tewas dan hinanya datuk nenek mereka dahulu Bani Qainuqa`, Bani Khuraizah dan Bani Nadir dalam peristiwa Khaibar pada bulan Muharram tahun ke 7 Hijrah.


RodhitubilLahirraba wabil Islamideena wabi Muhammadin Nabiyau wa Rasula.

Sekian dahulu semoga ketemu lagi.


Dari - Ibnu Ramadhan.


``qulil haq walau kana murron``

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-


Diterbitkan oleh: Penerbitan Sanaabel http://sanaabel.blogspot.com/


*Tujuan saya ‘publish’kan artikel ini bagi memberi ruang pandangan yang membina untuk kita fikirkan bersama – Insan Kerdil.

Jumaat, Januari 09, 2009

RAPAT UMUM - SELAMATKAN GAZA

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka. Anjuran: Aman Palestin. Tarikh : 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h. Masa : 10 pagi hingga 12 tengahari.

Khamis, Januari 08, 2009

DEMONSTRASI BESAR-BESARAN - "INTIFADHAH PALESTIN"


Seluruh Umat Islam diseru dan diajak sekali lagi untuk menyertai demonstrasi "Intifadhah Palestin" secara besar-besaran di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, esok selepas solat Jumaat. SEBARKAN.

DOA QUNUT NAZILAH (Update)

DOA SENJATA MUKMIN
[ Buatmu Palestine ]

[ Doa Qunut Nazilah ]
Harap copy dan edar kepada para Imam Masjid dan surau



Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.

"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam.

Wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu,

Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka.

Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Dari blog Ust. Nasaruddin Tantawi

TERKINI : 30 TENTERA REJIM ZIONIS TERBUNUH DAN LEBIH 100 CEDERA.


Khamis ,08/01/2009 - Wakil Biro Politik Hamas, Muhammad Nazal menegaskan mereka berjaya membunuh dan mencederakan lebih 130 tentera Isreal dalam tempoh 5 hari. Dalam satu wawancara tv Palestin, Nazal menyatakan lebih 30 tentera termasuk komandan pasukan tentera Isreal terbunuh dan yang lain mengalami kecedaraan. Ini termasuk pasukan khusus mereka bergelar “Golani”.

Pemimpin Hamas menyifatkan pencapaian ini merupakan satu kejayaan besar bagi Hamas dan rakyat Palestin. Hamas juga telah banyak menggagalkan rancangan Zionis-Israel. Dalam pada itu, tentera Israel secara rasmi hanya mengaku 9 tenteranya mati. Meskipun begitu, tentera Zionis-Israel mengetatkan dan menyekat liputan oleh media masa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Rabu, Januari 07, 2009

PALESTIN : LAGI USAHA KITA & DOA QUNUT BERBARIS


"Assalamualaikum. Salam perjuangan! Dalam kita sibuk berjuang dalam Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu, jangan kita lupa penderitaan dan ujian yang sedang ditempohi oleh saudara-saudara kita di bumi Gaza. Jangan kita lupa kekejaman dan kerakusan anjing-anjing rejim binatang Zionis Israel seperti lagak binatang buas memperlakukan apa saja semahunya. Di sini saya 'publish'kan kembali artikel tulisan Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman yang diemailkan oleh sahabat saya, Saudara Mohd. Yusof Hashin."

Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.

Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera. Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali.

Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia.!

Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'.

Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.

Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda.

Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-

Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

apalestin.jpg

Gambar ihsan Utusan Malaysia

USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN

Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.

Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu,

AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!

Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya.

Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA, Bush bukan main seronok dengan Yahudinya.( Sumber di sini )

Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus. ( SUMBER)

Seorang rakan warganegara Amerika di sini memberitahu kami bahawa Bush sedang merancang Amerika menyertai perang, itu adalah salah satu jalan agar perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden UA pada 20 Januari 2009 terpaksa ditangguh, kerana demikian menurut undang-undangnya. Iaitu jika US sedang dalam peperangan, Presiden yang sedang menerajui akan kekal. Kami tiadalah mengetahui sejauh mana benarnya ramalan atau analisa ini. Cuma ini mungkin salah satu sebab Obama dan rakannya, senyap sunyi menggelak dari memberi komen dalam isu Palestin.

Namun saya kira, mungkin hasrat Bush sedikit terganggu kerana untuk berperang Amerika perlukan berbillion US, bagaimana ia boleh sedang dalam ekonomi yang sanagt sakit dan teruk.?

MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT BERSUARA

Kalau sebelum ini yang tidak kurang bengisnya adalah Britain, sebagaimana dalam kes Iraq, namun, kini UK agak senyap sunyi sikit, Alhamdulillah. Mengapa?

Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworth, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur. Ditambah dengan cuaca sejuk luar biasa, Sehingga kami yang berada di sini turut bimbang.

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

6 Januari 2009

4.29 pagi (UK time)

Selasa, Januari 06, 2009

ULAMA`& UMARA` DARI PERSPEKTIF ISLAM

AlhamdulilLah ! Bertambah lagi usia kita dengan melangkahnya kita semua ke tahun baru 1430 Hijrah, selawat dan salam kepada Rasul pilihan Muhammad saw, kaum keluarga Baginda dan semua para sahabat yang dimuliakan hendaknya. Tidak dilupakan juga kepada semua mujahid dan mujahidah yang sentiasa menjunjung panji-panji kebenaran di sepanjang zaman.

Bersempena dengan perubahan masa dan waktu yang telah membawa kita ke suatu tahap atau tahun yang baru dalam takwim hijrah, bermakna sudah hampir 1430 tahun peristiwa Hijratur Rasul bersama ummat Islam dari Mekah ke Yathrib (Madinah) sayugianya sarat dengan pelbagai pengajaran dan hikmah yang cukup bernilai kepada ummah seluruhnya. Keadaan ini juga bermaksud sudah hampir melewati 1420 tahun Junjungan Nabi saw pergi buat selama-lamanya meninggalkan ummat yang Baginda kasihi. Kepimpinan Rasul saw selama kurang-lebih 23 tahun, telah berjaya membawa bangsa Arab dan manusia seluruhnya ke suatu suasana kehidupan baru (hadharah) yang telah lama hilang dari susila kemanusiaan dan ketamaddunan yang pernah mereka kenali sebelum ini. Kepimpinan Rasul saw berdiri atas 2 asas atau fungsi utama iaitu:-

  1. ar-Risalah iaitu penerima (wahyu) dan pembawa kepada ajaran Islam dari AlLah swt.
  2. al-Imamah iaitu sebagai ketua atau pemimpin tertinggi ummah dalam menghidupkan serta merealisasikan kehidupan dengan muamalah Islam yang tersendiri dan berlainan dari suasana jahiliyyah waktu itu.

Inilah kepercayaan yang menjadi pegangan kepada ummat Islam generasi pertama dahulu dan berlanjutan sehingga beberapa abad lamanya,

Apabila Nabi saw wafat tugas serta peranan sebagai ketua umum kepada seluruh ummah diganti oleh Khulafa` ur-Rasyidin yang menjalankan fungsi `Iqamatideen wasiyasatuddunyabih` - Menegakkan Agama dan mentadbir dunia dengannya (Agama). Fungsi 1 `Kenabian` sebagai penerima ar-Risalah (wahyu) sudah tidak berlaku lagi dengan kewafatan Nabi Muhammad saw, tetapi tugas pembawa dan yang lainnya terus berjalan dan terpundak ke atas ummat seluruhnya. Pada ketika ini jawatan adalah amanah AlLah dari ummah dengan berlakunya proses `baiah`. Amanah ini disebut sebagai `khalifat ur-Rasul` pengganti kepada Rasul, belum ada lagi dalam kamus perbendaharaan ummah waktu itu pembahagian yang disebut ulama` di satu pihak dan umara` pula di satu pihak. Ummah memahami `al-ulama` warasatul an-Biya` dari perspektif orang-orang yang a`lim (lebih pengetahuan) sebagai penyambung tugas Nabi menyebarkan dan menyampaikan ajaran-ajaran Islam.

Ketika pemerintahan khalifah yang empat ini Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali radialLahuanhum ajmaen, merekalah ulama` dan merekalah juga umara` sebagai khalifah atau pemerintah ummah seluruhnya. Selama 30 tahun mengikut hitungan hijriyah, pemerintahan khalifah yang 4 ini berkuasa dan mentadbir kehidupan ummah sebagaimana peninggalan RasululLah saw. Para sahabat agung ini telah berjaya menyelamat, meletakkan asas yang kukuh dan murni, mengembang dan membuktikan kepada dunia ketika itu bahawa risalah kebenaran ini adalah dari AlLah swt dan akan dipelihara olehNya walaupun selepas kewafatan Nabi saw. Pegangan seluruh ummat Islam dalam semua segi lapangan kehidupan dengan sendirinya telah begitu jauh dan kukuh meninggalkan pengalaman pemikiran jahiliyyah mereka sebelum ini walaupun dalam jangka masa yang begitu singkat, peralihan iktiqad mereka.

Takdir mengatasi segalanya, maka berlakulah tragedi yang begitu menyayatkan hati para mukmin seluruhnya iaitu peralihan kekuasaan khalifah kepada bentuk serta corak yang berlainan dari sebelumnya. hanya AlLah swt sahaja yang mengetahui apa hikmah di sebalik kepiluan tersebut. Jawatan khalifah telah diwarisi dari satu keturunan ke satu keturunan mengikut kekuatan dan kebijaksanaan pemerintah memanipulasikan suasana serta kekuatan politik dan tentera masing-masing. Pada ketika ini, barulah ummah mula mengenali `pembahagian` tugas `imamah` iaitu ulama` berada di satu pihak dan umara` (pemerintah) pula berada di satu pihak. Namun para pemerintah masih lagi di kalangan mereka yang menghormati ulama` dan para ulama` pula tidak takut untuk menyatakan yang haq walaupun di depan umara`.

Ianya berjalan dalam suasana sebagaimana yang terakamkan oleh sejarah ummah, bagaimana Islam telah berjaya membebaskan sebahagian besar permukaan bumi ini dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya Islam. Empayar pemerintahan Islam telah berkembang dari benua Arab hingga ke timur sejauh Miraukee, ke barat menyeberangi Laut Mediteranian hingga perbatasan Sepanyol dan Perancis, ke utara dari Asia tengah hingga ke Moskow dan China, ke selatan merentasi benua Afrika hingga ke pantai selatan benuanya. Dalam jangka masa melebihi 12 abad lamanya bumi ini menerima serta dibangunkan kehidupan penghuninya dengan hanya 1 sistem (al-Islam) yang diterima semua rakyat muslim atau non muslim sebagai undang-undang tertinggi negara. Memang tidak dapat dinafikan terdapat ramai umara` yang zalim serta fasiq dalam tempoh waktu ribuan tahun itu, sebagaimana ramai juga ulama` yang berkepentingan dan penjilat, tetapi yang pentingnya waktu itu ialah paksi ummah pada keseluruhannya masih lagi memihak kepada kebenaran.

Salah satu faktor penting yang memberikan kesan besar terhadap kekuatan serta tempoh masa yang lama tersebut ialah kebijaksanaan kedua-dua pihak samada ulama` dan umara` yang telah memainkan peranan masing-masing dalam kehidupan ummah ketika itu. Manakala ummah pula hanya mengenali ulama` atau umara` yang mengakui satu agama (sistem) sahaja. Menjadikan risalah kebenaran (al-Islam) terus berkembang walaupun sering kali bertentangan dengan kepentingan umara`. Ulama`-ulama` yang menjadi sanjungan ummah di kemudian hari ialah mereka yang sanggup menyatakan kebenaran di hadapan umara` yang zalim. Ramai di kalangan mereka mengirimkan `haruman kasturi` kepada kita mutakhir ini lewat perjuangan mereka menegakkan Islam yang sebenar. Tidak kurang juga umara` yang begitu menghormati ulama` dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Sehingga ada pepatah mengatakan -umara` yang baik ialah yang mendatangi (berkehendak) kepada ulama`, dan ulama` yang jahat ialah yang mendatangi (berkehendak) kepada umara`.

Sebelum dari kejatuhan khilafah Islam di Turki lagi pegangan sebahagian besar ummat Islam menjadi semakin kabur dan longgar dari perspektif Islam. Dengan jatuhnya sistem kekhalifahan itu fungsi imamah yang berkurun lamanya menjadi pegangan ummah mengalami proses `pemadaman` dari minda ummah. Gerakan secara yang lebih tersusun tersebar luas di sebalik berkembangnya fahaman sekular dari barat ke atas semua wilayah-wilayah ummat Islam sehingga ke hari ini.

Oleh itu sebarang usaha dari mana-mana pihak sekalipun untuk mengenal pasti fungsi atau mengembalikan semula peranan ulama` dan umara` amatlah dialu-alukan. Ini kerana bagi ummah Islam, tidak pernah mengenali adanya jurang pemisahan antara keduanya, yang ada ialah masing-masing menegakkan dan mengembang agama AlLah, kerana keduanya dalam sejarah Islam yang lampau menjunjung tinggi undang-undang ILahi. Tetapi jika satu pihak berdiri atas satu sistem ILahi manakala yang satu lagi sistem demokrasi berparlimen ataupun sebaliknya maka usaha ini hanyalah seperti menabur benih di angkasa jadinya. Sekian dahulu untuk pertemuan kali ini. Dari -Ibnu Ramadhan.

``qulil haq walau kana murron``

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

Dipetik dari : BULETIN AL-HADHARAH


Khamis, Disember 04, 2008

MESTI TONTON! - Haid Dan Nifas (4)


(11)


(12)

Tajuk : Permasalahan Dan Penjelasan Lengkap
HAID DAN NIFAS
Oleh : Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki
Tempat : Dewan Maa'had Muhammadi Perempuan,
Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

Rabu, Disember 03, 2008

PROGRAM - TAHFIZ CUTI SEKOLAH 2008

Assalamualaikum!

Kepada Muslimin & Muslimat yang ingin mengisi masa lapang anak-anak lelaki/perempuan yang berumur 8-12 tahun dengan aktiviti bermanfaat pada musim cuti sekolah ini, bolehlah menghantar anak tuan/puan sekelian ke:

Program : Tahfiz Cuti Sekolah 2008.
Masa : 8.00 am - 5.00 pm.
Tarikh : 10 hingga 31 Disember 2008 (hari bekerja-Isnin-Jumaat).
Tempat & Anjuran : PASTI Ibnu Sina.
Alamat : No. 179, Jalan Dato' Senu 4, Taman Dato' Senu, 51000 Sentul, Kuala Lumpur.
Yuran : RM 80.00 (minum/makan pagi, makan tengahari & minum petang disediakan).

- Tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang hafazan Al-Quran.
- 30 orang peserta terawal diberi keutamaan.

- Antara aktiviti :
a. Hafazan Surah-surah Juz Amma.
b. Praktikal Solat & Wudhu'.
c. Hafazan Doa-doa Harian.
d. Bahasa Arab.

Isikan Masa Cuti Anak-Anak Anda Dengan Aktiviti Berfaedah Demi Masa Depan Mereka. Kajian Mendapati 60% Kanak-Kanak Zaman Sekarang Menghabiskan Masa Di Cyber Cafe.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi dengan kadar segera :
- Nurul Islam bin Mohamed Yusoff (012-6984302)
- Mustafa Kamal bin Hamdan (014-6294492)

Isnin, Disember 01, 2008

PASTI IBNU SINA (PIS)



Alhamdulillah! Sebuah Taman Didikan Kanak-Kanak berteraskan Pendidikan Islam yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah berjaya diusahakan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu, Kuala Lumpur.


Gerak kerja telah dimulakan empat bulan yang lalu, dan kini kira-kira 98% kerja-kerja telah dapat dijalankan mengikut jadual. Atas perbincangan dan musyawarah, PASTI ini dinamakan PASTI IBNU SINA (PIS), mengambil sempena nama tokoh ulama’ dan saintis agung dalam dunia keilmuan khususnya Ilmu Perubatan, Ibnu Sina.


Insya-Allah, PIS akan memulakan program pembelajarannya pada awal Januari 2009. Pendaftaran sudah mula dibuka. Tempat adalah terhad. Namun, minat masyarakat setempat akan kewujudan PIS sudah mula dapat dirasai sejak hari pertama banner iklan dinaikan kira-kira sebulan yang lalu.


Dengan kedudukan yang strategik berhampiran jalan utama, Pasti yang terletak di alamat, No. 179, Jalan Dato’ Senu 4, Taman Dato’ Senu, 51000 Sentul, Kuala Lumpur ini insya-Allah akan mendapat perhatian dan sambutan dari masyarakat setempat dan sekitarnya. Usaha promosi kini sedang giat dijalankan. Selain banner, poster-poster juga diedar untuk diletakkan di seluruh kawasan-kawasan perumahan.


Antara perkhidmatan yang ditawarkan:

· Pra-Tadika dan Tadika Islam (4, 5 dan 6 tahun).

· Pusat Tumpangan Pelajar Tengahari (sebelum/selepas sekolah), darjah 1 hingga 6.

· Kelas Iqra’.

· Kelas Cepat Membaca Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.


Kepada yang berminat, sila hubungi Sekretariat Pasti:

· Ustaz Abu Bakar (016-2232718)

· Ustazah Zahrah (019-2617586)