Isnin, Disember 01, 2008

PASTI IBNU SINA (PIS)



Alhamdulillah! Sebuah Taman Didikan Kanak-Kanak berteraskan Pendidikan Islam yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah berjaya diusahakan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu, Kuala Lumpur.


Gerak kerja telah dimulakan empat bulan yang lalu, dan kini kira-kira 98% kerja-kerja telah dapat dijalankan mengikut jadual. Atas perbincangan dan musyawarah, PASTI ini dinamakan PASTI IBNU SINA (PIS), mengambil sempena nama tokoh ulama’ dan saintis agung dalam dunia keilmuan khususnya Ilmu Perubatan, Ibnu Sina.


Insya-Allah, PIS akan memulakan program pembelajarannya pada awal Januari 2009. Pendaftaran sudah mula dibuka. Tempat adalah terhad. Namun, minat masyarakat setempat akan kewujudan PIS sudah mula dapat dirasai sejak hari pertama banner iklan dinaikan kira-kira sebulan yang lalu.


Dengan kedudukan yang strategik berhampiran jalan utama, Pasti yang terletak di alamat, No. 179, Jalan Dato’ Senu 4, Taman Dato’ Senu, 51000 Sentul, Kuala Lumpur ini insya-Allah akan mendapat perhatian dan sambutan dari masyarakat setempat dan sekitarnya. Usaha promosi kini sedang giat dijalankan. Selain banner, poster-poster juga diedar untuk diletakkan di seluruh kawasan-kawasan perumahan.


Antara perkhidmatan yang ditawarkan:

· Pra-Tadika dan Tadika Islam (4, 5 dan 6 tahun).

· Pusat Tumpangan Pelajar Tengahari (sebelum/selepas sekolah), darjah 1 hingga 6.

· Kelas Iqra’.

· Kelas Cepat Membaca Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.


Kepada yang berminat, sila hubungi Sekretariat Pasti:

· Ustaz Abu Bakar (016-2232718)

· Ustazah Zahrah (019-2617586)


Tiada ulasan: