Khamis, Februari 11, 2010

HENDAKLAH BERLAKU ADIL


Keadilan hendaklah berlaku dalam semua lapisan masyarakat bermula dari dalam institusi keluarga, masyarakat dan pemerintahan negara. (gambar sekadar hiasan)

Rasulullah s.a.w bersabda, ertiya:
Sesungguhnya binasalah orang-orang yang sebelum kamu disebabkan orang-orang atasan apabila mencuri mereka membiarkannya , dan apabila orang lemah mencuri mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya." Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Keadilan merupakan punca utama berkembangnya kehidupan yang harmoni, aman dan sejahtera sedangkan kezaliman akan mencetuskan kekacauan, kegelisahan dan huru-hara.

Keadilan hanya akan wujud sekiranya sesuatu itu dijalankan mengikut peraturan dan lunas-lunas Islam di mana Islam menolak perasaan pilih kasih dalam menjalankan hukuman, tetapi mementingkan ketegasan demi menegakkan kebenaran.

Tiada ulasan: