Serpihan batu marmar plak “Tugu Demokrasi” yang dibina di bawah ”Pokok Demokrasi” oleh Pakatan Rakyat sempena memperingati Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, yang telah dipecahkan oleh pihak tidak bertanggung jawab tempohari telah berjaya dilelong pada hari Ahad, semalam.
Namun apa yang menakjubkan, nilai lelongan telah berjaya mencecah setinggi RM41,000 hanya untuk lima ketul serpihan marmar, dimana harga bidaan adalah dari serendah RM500.
Demikian sebagaimana telah dinyatakan oleh YAB Dato’ Seri Ir. Hj Mohammad Nizar Jamaluddin dalam ucapan beliau di majlis `Taklimat Khas & Dialog Serta Pelancaran Tabung Kebajikan Anak-Anak Perak Di Perantauan Sempena PRK Bukit Gantang’ di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar petang semalam.
Menurut beliau, selain dipecahkan, pecahan plak besar yang tinggal sudah tidak dapat dimanfaatkan lagi akibat telah disimbah dengan minyak tar.
Di majlis taklimat tersebut dianggarkan hampir 1000 orang telah hadir, dimana majoritinya adalah anak-anak Perak yang bermastautin di Kuala Lumpur dan Selangor.
Dalam ucapannya, Tuan Guru Nik Aziz mengesa seluruh pengundi Bukit Gantang yang berada di luar negeri Perak, khususnya Kuala Lumpur dan Selangor, agar pulang mengundi pada PRK Parlimen Bukit Gantang nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan