Rabu, Oktober 29, 2008

SUSUR JALUR ISLAM DI MALAYSIA. TAHUKAH KITA?

Assalamualaikum..!

Terlebih dulu saya mohon maaf...dah lama tak update blog ni. Namun apa yang membuat saya tergerak hati nak update kali ni, kerana ditakdirkan Allah saya terjumpa satu blog 'Empayar Islam Benua Siam Kedah' yang pada saya sangat-sangat berguna untuk kita jadikan rujukan ataupun kajian berkenaan perjalanan salasilah Islam dan bangsa Melayu di tanah air kita ini.

Dalam kita melaungkan dan berbangga menjadi pejuang Islam ataupun Melayu, pernah ke kita tahu ataupun ambil tahu perihal perjalanan dan perjuangan generasi sebelum kita? Dan tahukah kita barangkali ada kisah disebalik kisah yang mungkin tidak kita ketahui?

Macam gambar-gambar yang saya sertakan di sini, tahukah anda gambar apakah ini? Inilah gambar apa yang didakwa sebagai kuil yang menjadi rebutan antara pihak Thailand dan Kemboja sekarang. Benarkah kuil?

Saya petik antara lain kenyataan yang terdapat di dalam blog itu berkenaan perkara tersebut. "Prasat Preah Vi Hear bukannya sebuah wat atau kuil malah ia adalah sebuah bangunan istana yang pernah didiami oleh Raja Siam Islam Kemboja Cempaka Sari bernama Po Chan Koya Long. Maksud Prasat-Prah-Vi-Hear ialah, Pertahanan-abang-pusingan-kelima. Sila rujuk salasilah Koya Long yang mempunyai 5 orang beradik dibahagian bawah blog ini."

Memang niat saya nak promosi blog berkenaan di sini, jika itu boleh dikira sebagai perjuangan. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang mengendalikan blog berkenaan. Moga usaha kalian akan mendapat ganjaran besar dari Allah SWT.

Untuk memudahkan anda melayari dan mengikuti artikel-artikel terkini dalam blog tersebut, saya 'link'kan untuk anda di bawah ruangan 'Blog Pautan - Terkini' di dalam blog ini. Moga ada manfaat untuk kita semua..Insya-Allah.

1 ulasan:

Unknown berkata...

So good......