Rabu, Oktober 08, 2008
GERAKAN ANTI TUAN GURU NIK AZIZ MENULAR DALAM USRAH PAS?
Baru-baru ini saya ada terbaca artikel tulisan sahabat saya 'Sang Kelulut' bertarikh 6.10.2008 di bawah tajuk 'Gerakan anti Tuan Guru Nik Aziz menular dalam usrah PAS'.
Beliau memulakan tulisanya itu dengan mendedahkan satu peristiwa dimana seorang Ustaz telah mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar dalam satu majlis Usrah di satu lokasi (tanpa menyatakan lokasinya) di negeri Selangor.
Antara lain kata-kata Ustaz (yang dikatakan berasal dari utara tanahair yang kini aktif dengan Pemuda Pas Selangor) itu menyebut,"...dari fitnah melanda Tok Guru (Nik Aziz)...eloklah kita mohon pada Allah agar beliau cepat mati...".
Saya pasti tidak akan ada orang yang waras akalnya dapat menerima kata-kata seperti itu. Jika benar kata-kata itu keluar dari mulut seorang yang 'digelar Ustaz', apakah niatnya? Apa faedah yang kita dapat dengan berkata begitu? Saya tak pasti adakah 'Sang Kelulut' mendengarnya sendiri atau hanya mendengar khabar, perlukan penjelasan dan kepastian.
Jika hanya mendengar khabar saya rasa tak perlulah kita nak 'publish'kan dalam blog atau sebagainya. Andai benar sekalipun, tak ada faedahnya kita war-warkan satu dunia. Andai benar juga, saya yakin hanya segelintir yang bersikap sedemikian.
Bagi kelompok ini, harapan saya janganlah antum masuk dalam golongan pem'batu api'. Kita sepatutnya cuba sedaya upaya merapat dan mengeratkan kembali jemaah kita yang nampak agak 'celaru' dan 'keliru' sekarang ini. Bukan meng'api-api'kan.
Ini tanggungjawab semua, untuk kembali melihat jemaah kita mampu menjadi payung dan harapan kepada semua lapisan masyarakat. Ingatlah bahawa kita berdiri diatas platfom dakwah, bukan politik semata-mata.
Sebenarnya banyak pekara yang dibangkitkan oleh sahabat saya 'Sang Kelulut' dalam tulisanya itu dan tulisan-tulisan beliau sebelum ini. Tapi malaslah saya nak ulas. Nanti dikatakan pem'batuapi' pula.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan