Jumaat, Julai 09, 2010

FAKTA YANG PERLU ANDA KETAHUI TENTANG "KENTUT"


Kentut??? Ya kentut, kenapa??? Jijik...malu..??? Kita bukan nak cerita perkara kotor, tak senonoh atau lucah, tetapi fakta. Bagi yang belum pernah mengetahui pasal kentut, bacalah.

1. Dari mana datangnya gas kentut?


Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.



2. Apakah yang membuatkan kentut berbau busuk?


Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptans. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut, contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.



3. Kenapa kentut menghasilkan bunyi?


Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan rektum. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.



4. Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?


Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.


Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal (Silent- But-Deadly), jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang sunnguh mempersonakan.



5. Berapa kali seseorang itu kentut sehari?


Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari.



6. Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?


Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.


Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.



7. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?


Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.



8. Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?


Tidak benar, selagi hidup angin ada dalam badan. Suka atau tidak ia tetap akan keluar dengan selambanya.



Hikmah "Kentut".


Hikmah Allah menjadi kentut ini supaya kita memahami bahawa tiada manusia yang lebih mulia dari manusia lain kecuali kerana imannya, hatta para Rasul juga mengalami perkara ini, tetapi mereka menguruskannya dengan penuh hikmah dan tidak menyusahkan orang lain. Maknannya pentingnnya ada pengurusan dalam kualiti hidup kita mengikut sunnah.


Seterusnya kita lihat kedalam lagi. Kita semua sama, malah lahir ke dunia dari sebelah lubang najis sahaja. Setiap hari kita berjalan ke sana ke mari. Pakailah minyak wangi apa pun, tapi kita tak boleh nafikan yang kita tiap-tiap waktu bawa tong najis dekat perut kita. Kalau lori bawak najis, dia hanya bawak najis pada waktu bekerja sahaja, tapi kita 24 jam, sesaat pun tak lepas.


Begitulah hinanya kita. Jadi jangan menghina manusia lain yang hidupnya susah, gila, OKU atau apa sahaja. Setiap kita perlu saling hormat dan saling tegur menegur, bersih membersihkan dan melindungi aib sahabat-sahabat seiman dengan kita sama sebagaimana kita melindungi najis dalam perut kita yang hanya kita dan Allah sahaja yang tahu betapa busuknya ia.


Wallahu'alam.

(Sumber dari saudara Herman Samsudeen)

Tiada ulasan: