Jumaat, Julai 31, 2009

REJIM ZIONIS RANCANG BINA SEMULA KUIL DI TANAH SUCI KETIGA UMAT ISLAM


Polis Israel membenarkan 45 rakyat Israel memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, tanah suci ketiga Islam, dalam apa yang disifatkan rakyat Palestin sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kemarahan ummah.

Kumpulan penduduk Yahudi terbabit melawat kawasan berkenaan sempena bulan kesembilan dalam kalendar Yahudi dipanggil ‘Av’, bagi memperingati kemusnahan kuil Yahudi pertama dan kedua, yang dikatakan di bawah Masjid Al-Aqsa. Pengarah pejabat Waqf Islam di Baitulmaqdis, Sheikh Azzam Al-Khatib berkata, Ia amat sensitif berikutan kumpulan pelampau Yahudi mahu memusnahkan masjid yang ada pada masa ini dan membina ‘Kuil Ketiga’.

Beliau memberitahu, kumpulan penduduk Yahudi itu berada dalam kumpulan antara 12 hingga 15 orang itu, turut mengiringi dan dilindungi polis Israel. Walaubagaimanapun tiada pergaduhan meletus setakat ini.

Palestinkini

Tiada ulasan: