Isnin, Jun 08, 2009

KALAU BEGINI MENGAPA GABRA?


Kalau kita yakin;

Pas kuat, Presiden Pas berwibawa, Pas berdiri di atas landasan kebenaran, Pas bakal menjadi alternatif kepada Umno, Pas mendapat sokongan majoriti rakyat, Pas teguh dengan prinsip, Pas kini bukan macam Pas zaman Asri, Pas tidak perlu bergantung dengan sesiapa.

Kalau kita yakin;

Umno makin lemah, Presiden Umno penuh skandal, Umno tegak di landasan yang salah, Umno bakal tumbang, Umno tidak mendapat sokongan majoriti rakyat, Umno tidak berprinsip, Umno dulu dan kini serupa sahaja, Umno sedang mencari tongkat untuk bergantung.

Kalau kita yakin;

Umno perlukan kita dan bukan kita perlukan mereka, kita yang bakal menentukan, kita yang bakal memegang terajunya, kita menjadi pemutusnya.

Kalau kita yakin,

Kita berjiwa besar, kita mampu berfikir di luar kotak, kita melangkaui zaman, gagasan kita adalah gagasan ummah, langkah politik kita adalah 50 tahun ke hadapan.

Kalau kita yakin;

Kita adalah gerakan Islam, kita bukan parti politik picisan tempelan, kita adalah pendakwah, kita adalah gerakan massa.

Mengapa kita takutkan idea kerajaan perpaduan?

Kata Abdul Hadi, “Gagasan ini perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh-gapah kerana ia sesuatu yang baru di kalangan rakyat”.

Kata Nasharuddin, “Isu ini sehingga sekarang belum ada keputusan konkrit. Ia umum sahaja dan mungkin akan dibawa dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat. Kerajaan Perpaduan berkait secara langsung dengan kepentingan negara dan rakyat, bukannya perkongsian kuasa dengan Umno”. (Baca sini)

Kata Najib, “Saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkannya. Jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini dan terpulang kepada Abdul Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkannya. Ini bukan suatu keputusan yang boleh saya buat sendiri kerana ia suatu keputusan yang amat besar dan mesti diterima oleh pimpinan atasan Umno dan BN”. (Baca sini)

Kalau begini bunyi kenyataannya, mengapa kita perlu gabra?

Bila Sauh Dibongkar.

Tiada ulasan: