Assalamualaikum. Semalam Ahad, 28 Ramadhan adalah acara kemuncak bagi program yang dijalankan sepanjang Ramadhan 1429 di Markaz Pas Cawangan Taman Dato' Senu, Sentul, Kuala Lumpur.
Acara itu, Majlis Penyampaian Sumbangan kepada golonga Ibu Tunggal, Fakir Miskin dan Fisabillah atas anjuran pihak Markaz Pas Cawangan Taman Dato' Senu telah diadakan dalam keadaan cukup sederhana sebelum masuk waktu berbuka.
Tidak ramai penerima yang dapat hadir di waktu majlis meyampaikan bantuan dijalankan. Kemungkinan ramai yang menjangkakan program diadakan sebelah malam. Maka banyak bantuan hanya dapat diserahkan disebelah malam. Disamping kelemahan di pihak penganjur juga tak dapat dinafikan dalam mewar-warkan berkenaan program tersebut.
Saya bagi pihak penganjur memohon maaf atas kelemahan dalam menganjurkan majlis tersebut. Insya-Allah untuk masa yang akan datang kami akan memperkemaskan gerak kerja bagi setiap program yang hendak dijalankan.
Selepas berbuka majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjamaah. Sesudah itu aktiviti 'makan berat' bertalam diadakan. Memang 'berat'. Mana taknye, makanan banyak...hadirin tak ramai...memang berat le...!
Di sini juga, kami di pihak Markaz Pas Cawangan Taman Dato' Senu ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian semua 'Alim Ulama', Tuan-Tuan Guru, Ustaz-Ustaz kerana sudi menerima undangan pihak kami untuk mengisi program-program yang diadakan sepanjang Ramadhan 1429 ini. Selamat menyambut Edulfitri dari kami untuk antum.
Seperkara lagi, dikesempatan ini ingin saya mengumumkan bahawa Ramadhan 1429 ini berkemungkinan besar merupakan Ramadhan terakhir bagi segala aktiviti kita di No. 35, Jalan 12, Taman Dato' Senu ini.
Setelah sekian lama kita menyewa dan bertapak di alamat ini, kini tiba masanya kita terpaksa berhijrah ke tapak baru ekoran rumah ini telah pun dijual kepada pemilik lain.
Segala perancangan telah dan sedang dijalankan bagi mencari tapak baru. Beberapa lokasi telah dikenal pasti bagi kita meneruskan perjuangan dan kerja dakwah ini. Mana mungkin untuk kita memati dan menamatkan usaha yang telah diljalankan oleh mereka sebelum ini.
Kepada mereka yang terlibat diawal penubuhan Pas Cawangan Taman Dato' Senu dahulu, jasa dan bakti antum hanya Allah SWT sahaja yang dapat menilai dan megurniakan ganjaran-Nya.
Akhir kata, kepada yang ingin pulang berhari raya tu diingatkan supaya berhati-hati dalam perjalanan. Tidak kira menaiki apa...kereta, motorsikal, bas...hatta berbasikal dan berjalan kaki pun...haruslah berhati-hati ye. Moga jumpa lagi selepas raya ok...!
Dari saya untuk anda...SELAMAT HARI RAYA EDULFITRI...MAAF ZAHIR & BATIN...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan