Selasa, Mac 24, 2009

TUAH BUKIT GANTANG!


Kita dahului dengan ucapan syukur ke hadrat Allah SWT dan tahniah kepada YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas kepercayaan pihak pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang telah memilih beliau sebagai calon bagi PRK P059 Bukit Gantang, dan insya-Allah bakal menjadi wakil bagi rakyat Bukit Gantang.

Merupakan satu pilihan yang tepat memilih Dato' Seri Nizar sebagai calon, dalam suasana politik negara yang tidak menentu sekarang ini, khususnya di negeri Perak.

Mempunyai latar belakang pendidikan dalam dan luar negara, juga berpengalaman luas sepanjang kariernya sebagai Jurutera dan pimpinan serta mempunyai keluarga yang terdiri dari anak-anak yang berjaya dalam pengajian, memberi gambaran bahawa Dato' Seri Nizar antara insan yang boleh diletakkan harapan bagi memimpin masyarakat.

Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa PRK P059 Bukit Gantang ini bakal membuka laluan luas bagi beliau melangkah lebih jauh dalam politik Malaysia jika Allah mengizinkan kemenangan.

Namun jika sebaliknya pun, tidak bermakna karier politik beliau akan berkubur. Allah telah menzahirkan kekuatan jiwa yang ada pada beliau dalam menangani kemelut rampasan kuasa BN baru-baru ini.

Dengan berbekalkan pengalaman yang sangat berharga itu, selain dari pengalaman menerajui Kerajaan Perak (walaupun hanya 10 bulan), insya-Allah rakyat Bukit Gantang bakal mempunyai seorang pemimpin yang cekal dalam perjuangan dan komited memperjuangkan agama dalam kontek keadilan dan kesejahteraan buat semua.

Oleh itu,

"Wahai saudaraku di Bukit Gantang, sesungguhnya kami 'mencemburuimu'. Kamu bakal dikurniakan seorang pemimpin yang hebat. PASTIKAN IANYA MENJADI REALITI".

Tiada ulasan: