Selasa, Jun 30, 2009

SAKITNYA MATI!


Allah telah merahsiakan saat kematian kita. Ia adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sejauh mana pula kita akan meninggalkan segala laranganNya. Manusia yang sentiasa ingatkan mati, akan sentiasa melaksanakan tugas yang telah di amanahkan kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Ia sentiasa merasai setiap tindak tanduknya didalam pemerhatian Allah.

Nabi ada bersabda yang maksudnya ;

Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan seksaannya, maka Sabda Baginda: "Ia-itulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita di tetak atau di pukul dengan kayu, rotan mau pun besi, bukan banyak, cuma sekali sahaja, itu pun sudah tidak dapat di gambarkan kesakitannya. Inikan pula di tetak dengan tiga ratus kali tetakan.

Pada suatu hari Malaikat Maut datang berjumpa dengan
Nabi Idris Alaihisalam. Lalu Baginda meminta agar Malaikat Maut mencabut nyawanya dan memohon kepada Allah supaya menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi.

Allah telah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya mencabut nyawa Nabi Idris dan meninggallah dia ketika itu juga. Malaikat Maut menangis dan memohon kepada Allah supaya (Allah) menghidupkan Nabi Idris kembali. Lalu dimakbulkan Allah.

Setelah Nabi Idris hidup kembali, Malaikat Maut bertanya kepada Nabi Idris: "Ya Saudara ku, bagaimana rasanya kesakitan maut ?

Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat tergelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakitnya lebih dari 1000 kali ganda.

Kata Malaikat Maut: " itu secara berhati-hati khusus untuk engkau, belum pernah ku lakukan terhadap sesiapa pun."

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa A.S telah menghidupkan orang yang telah mati dengan izin Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata, "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang yang baru mati, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati yang lama dulu. Hidup- kan untuk kami anak Nabi Nuh A.S (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa A.S pergi kekuburnya, lalu sembahyang dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh pun hidup kembali.

Berkata Sam bin Nuh, "Saya telah mendengar panggilan mu dan saya sangka hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya menjadi putih sebab takutnya hari kiamat. Namun kesakitan sakratulmaut belum hilang lagi."

Oleh itu Para Ulama telah menggariskan beberapa amalan yang perlu di amalkan. Antaranya :-

A) Sebelum tidur;

i) Bacalah Surah Al-Ikhlas tiga kali

ii) Selawat ke atas Nabi

iii) Membaca tasbih


B) Amalan harian;

i) Sentiasa membaca Al-Quran

ii) Memelihara solat

iii) Menghormati azan (jangan bercakap waktu azan)

iv) Membaca tasbih

v) Memperbanyakkan sedekah

vi) Sentiasa berzikir (menyebut nama Allah)


C) Amalan yang perlu dijauhi ;

i) Dusta

ii) Khianat

iii) Mengadu domba

iv) Kencing berdiri

Sabda Rasulullah yang bermaksud ;

" Bersucilah kamu sekelian dari membuang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil. "

Wallahualam.

Syed Abi Ghufran Al-Idrus

Jumaat, Jun 26, 2009

AL-FATIHAH

Takziah buat mantan Ketua Pemuda Pas Pusat yang kini Naib Presiden, YB Salehuddin b. Ayob atas pemergian ayahanda beliau semalam.

Juga takziah buat saudara kita, Abdul Kadir b. Manap (Bendahari Dewan Pemuda Pas Kaw. Batu) atas pemergian bapa beliau petang semalam.

Diberitakan Allahyarham bapa beliau terlibat dalam kemalangan langgar lari berdekatan bandar Muar, Johor. Allahyarham meninggal di tempat kejadian. Untuk makluman, Allahyarham adalah merupakan Ketua Dewan Ulama' Pas Kawasan Pagoh dan menetap di Muar.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu

Secara peribadi, saya mengenali Allahyarham bapa saudara Abd. Kadir semasa menuntut di Muar sekitar tahun 2000-2003 dahulu. - Insan Kerdil.

Isnin, Jun 22, 2009

ISU KERAJAAN PERPADUAN SELESAI - Majlis Presiden PR

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

Harakahdaily.net

Khamis, Jun 18, 2009

TASAAMUH DALAM IKTILAF

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Semoga ALlah sentiasa menambahkan hidayah dan petunjuk kepada kita semua. Semoga kita dijauhkan daripada hasutan dan pengaruh syaitan serta nafsu jahat.


Marilah kita sama-sama meneliti sebuah email yang dihantarkan oleh Ustaz Tuan Ibrahim kepada saya. Tajuknya adalah Tasamuh Dalam Ikhtilaf. Tasaamuh bermaksud berlapang dada atau tolak ansur manakala ikhtilaf bermaksud perbezaan pandangan.

Ikhtilaf atau perbezaan pendapat adalah lumrah bagi manusia, ia berlaku di kalangan para ambiya’, dan turut berlaku di kalangan para sahabat. Ia juga berlaku di zaman Rasulullah , samada sewaktu Baginda masih hidup apatah lagi setelah Baginda wafat.


Ikhtilaf berlaku dalam pelbagai keadaan samada berpunca dari penafsiran sesuatu nas dalil yang mempunyai pelbagai makna, lahjah yang berbeza atau sudut pandangan sesaorang; namun ianya tidak pernah diangap negatif dalam sejarah para ulamak; sehingga terkeluar kata-kata masyhur “ Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat’ walaupun kata-kata ini ditahkik oleh Dr Yusuf Qardhawi sebagai ‘la aslalah’, ( tidak diketahui punca riwayat sebenar), kerana beliau melihat kalau perbezaan pendapat menjadi rahmat, bermakna muafakat adalah bala’, dan ini tentunya bertentangan dengan sifat Islam sebagai rahmat, serta dalil-dalil yang lain.

Saya tidak berhasrat membicarakan persoalan tersebut dari sudut tahqiq atau para perawi, tetapi ianya adalah masyhur. Lantaran itu rahmat yang disebut dalam kata-kata itu tentulah lahir dari pelbagai natijah hasil ikhtilaf tersebut.

Para ulamak telah membuat huraian panjang lebar berhubung dengan persoalah adab dalam ikhtilaf. Namun adab hanya akan diikuti bilamana adanya tasawur yang jelas terhadap apa yang diikhtilafkan. Sebagai sebuah jamaah Islam, ikhtilaf hendaklah berjalan di atas landasan ukhuwwah, bukan kebencian dan memandang rendah kepada sahabat. Ikhtilaf boleh berlaku di kalangan pimpinan dan pengikut demi memperkukuhkan jamaah, ia akan lahir setelah adanya sikap hormat kepada perbezaan pandangan, kerana kemampuan berfikir manusia tidak sama.

Dari sudut jamaah, kita terikat dengan akhlak dan adab berjamaah, yang menuntut kita agar berlapang dada dengan perbezaan pendapat, dan tidak memaksa pandangan kita ke atas jamaah, kecuali dalam perkara yang terikat dengan nas yang bersifat qatie. Selagi ianya bersifat ijtihadi, maka ia terikat untuk dibahas, dibincang , diterima atau ditolak.

Sikap Tasaamuh ( berlapang dada ) dalam ikhtilaf sangat-sangat dituntut. Terkadang kita memandang baik kepada sesatu perkara, sedangkan ianya tidak baik bagi kita, bahkan terkadang kita membenci sesuatu, sebaliknya ia baik bagi kita. Itulah yang diingatkan oleh Allah “ dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, tetapi ianya baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu mengasihi sesuatu, tetapi ia tidak baik bagi kamu , Allah mengetahui, sedangkan kamu sebenarnya tidak mengetahui”. Oleh kerana perkara masa depan adalah dalam ilmu Allah, maka setiap perbezaan pandangan hendaklah mengharapkan kebaikan dari Allah. Berlapang dadalah dengan perbezaan ini. Apatah lagi kalau kedua-duanya untuk kebaikan jamaah. Kita mempunyai saluran dalam melahirkan perbezaan pandangan, maka gunakan saluran parti bagi menyatakan perbezaan pandangan agar ia tidak merosakkan ukuwwah dalam jamaah.

Kita punya pengikut yang ada kecenderungan tersendiri, samada untuk mengikuti pandangan seseorang atau membencinya. Kebencian ini akan memberi ruang kepada musuh untuk memasukkan jarum fitnah, yang boleh menjurus kepada hilangnya wala’ pada pimpinan. Sedangkan wala’ adalah rukun dalam jamaah. Sebagai pimpinan kita tidak seharusnya meletakkan ahli dan pengikut dalam situasi serba salah, antara bersetuju dengan sesuatu pendapat dan pandangan atau sebaliknya. Kerana rasa bersalah yang ujud dalam diri ahli untuk menerima atau menolak sesuatu pandangan pimpinan, mendorong kepada dua situsi;

i. Apa orang lain akan kata kepadanya, dan sekiranya ia berlaku, ia mendatangkan kesan besar selepas itu. Tidak mustahil ada yang akan tersinggung, menyisih diri, merajuk dan seterusnya hilang dari jamaah,
ii. menjadi golongan kecewa dengan apa yang berlaku dan terus mengambil sikap berdiam diri dari aktif dalam jamaah.

Kedua-dua situasi ini tidak menguntungkan jamaah dan paling besar merugikannya bilamana dia mengadap Allah diakhirat. Lantaran itu, ikhtilaf hendaklah di dalam lingkungan adab berjamaah, ia dikawal dari sikap melampau, membuka ruang kepada musuh, apatah lagi menjerumus kepada hilangnya sikap hormat, kecewa, dan tidak mempedulikan jamaah.

Awasi perangkap musuh yang membesar-besar perbezaan pendapat, meracuni pemikiran ahli agar hilang wala’ pada pimpinan, dan memberi peluru kepada musuh untuk merosakkan jamaah. Semoga Allah memelihara kita dari finah ini.

Oleh:

Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man.


Ust. Yusof Embong

Rabu, Jun 17, 2009

KEMALANGAN DI PULAU TIGA KANAN - Angkara Babi Hutan?

Saya siarkan beberapa keping gambar yang sempat dirakam selepas berlaku satu kemalangan dasyat time balik kampung di Perak beberapa minggu lepas.

Kemalangan kat Pulau Tiga Kanan ini melibatkan sebuah pacuan empat roda Hilux dengan sebuah kereta Proton Iswara.

Khabornye, Proton Iswara yang datang dari arah Bota tu terlanggar seekor babi hutan. Menurut kata orang kat situ, babi hutan tu memang selalu keluar malam.

Sebab kuat sangat ngentak babi tu agaknya, Iswara tu terbabas sampai masuk ke jalan sebelah.

Berbetulan time tu datang pulak Hilux dari arah Kg Gajah. Apa lagi...! Tak yah tulis le. Tengok gambor-gambor tu tau le macamana keadaannya.

Dalam Iswara tu ada tiga orang Cina. Hilux tu pulak bawa satu famili Melayu, tak tau lah pulak berapa orang. Time saya sampai tu cuma tinggal seorang je lagi iaitu Cina naik Iswara tu, yang lain semua dah dibawa ke hospital.

Tengok keadaan dia yang dah terbaring berlumur darah tu memang ngeri dan kesian le, tak sampai hati pulak nak ambil gambor.

So, berhati-hati le bila drive tu, terutama teman-teman yang selalu ikut jalan tu time balik kampung. Ingat Allah selalu dan ingat orang tersayang








Isnin, Jun 15, 2009

HALWA JIWA, MATA DAN TELINGA

video

Bacaan : Suratul Yaasin
Oleh : Ust. Dzulkarnain Hamzah

Bacaan yang lain daripada yang lain. Lengguk lagu yang meruntun jiwa. Moga ada manfaat buat semua.

RAHSIA MISI DAJJAL DI TIMUR TENGAH


Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.

Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?

Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …

“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”

Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang

1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam

Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal

Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.

Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.

Benarkah begitu?

Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.

Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.

Misi Sebenar Dajjal

Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW

Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”

(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”

(Riwayat Bukhari)

Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.

Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.

Misi sebenar Dajjal ialah ….

“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”

Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.

Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.

Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.

Teori Tentang Strategi Dajjal

Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.

Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….

  • Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.
  • Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.

Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :

#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran

Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.

“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.

Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.

Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.

Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.

Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.

Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah

Apakah keistimewaan Mujahidin?

Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.

Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.

Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.

Pernahkah kita terfikir?

Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.

Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.

Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.

Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.

Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?

Adakah ianya kebetulan?

#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim

“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:

“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”

Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.

Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.

Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

Kesimpulan

Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.

Wallahu’alam.

Ibnu Yaacop

PERGINYA SEORANG MUJAHID AGUNG


Al Faatihah !

Semoga Allah merahmati ruh al marhum al ustaz Dr. Fathi Yakan , seorang ulama' al mujahid yang terbilang di zaman ini . Menghabiskan usia di medan perjuangan . Pidato dan karyanya sangat membina dan mendidik ummah . Al Marhum adalah ulama' bertaraf dunia yang mempunyai saham perjuangan yang cukup besar dan luas .

Kini al marhum telah kembali ke rahmatillah . Sedih dan pilu menyelubungi anak murid beliau di seluruh dunia . Kembalinya ke rahmatillah , satu kehilangan besar buat perjuangan ini .

Mungkin yahudi dan Israel sedang berpesta dengan kewafatan seorang ulama' yang gigih berjuang menentang Yahudi dan Israel alaihilaknatullah .

Saya mula mengenali hasil - hasil karya beliau sekitar tahun 1986 . Maqalah pertama yang saya baca dan membawa saya ke persada perjuangan ini ialah maqalah yang bertajuk الشباب و التغيير [ Pemuda dan Perubahan ] karangan al marhum Ustaz Fathi Yakan .

Bagi anggota gerakan Islam yang menekuni Amal Tarbawi bersama penglibatan mereka pasti tidak ketinggalan meneladani satu lagi kitab hasil tangan beliau yang cukup berkah iaitu [ Apa Ertinya Saya Menganut Islam ] ما ذا يعنى إنتمائي للإسلام

Alhamdulillah , saya sempat beberapa kali menemui al Marhum dan menadah [ talaqi ] beberapa buah maqalah kecil justeru pertemuan kami sering sahaja dibatasi waktu dan dikekang oleh jadual padat al marhum yang mengembara dan berdakwah ke serata dunia .

Sekali lagi saya mewakili seluruh warga Dewan pemuda PAS Pusat mengucapkan takziah ke atas ahli keluarga al marhum dan insyaallah kami juga akan mengutuskan warkah takziah kepada ahli keluarganya di Lubnan .

Lebih penting kepada kita semua , agar semangat perjuangan dan ruh tarbiyah yang ditinggalkan oleh al marhum akan terus di semarakkan insyaallah dan Dewan Pemuda PAS pastinya akan menjadi medan subur untuk tujuan tersebut .

[ DPPP ] بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة الشباب الإسلامي بمليزيا
بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن

[ Jenazah al marhum disembahyangkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur Raml. ]

Ust Nasruddin Hassan Tontowi

Jumaat, Jun 12, 2009

KAJI SEMULA VAKSIN HAJI




Oleh SHAWKATH AZDE dan NOR SHAFAWATI YUP

berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah mahu kerajaan lebih bertegas dan bersikap telus bagi memastikan vaksin meningitis yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah di negara ini tidak menimbulkan sebarang keraguan.

“Walaupun ia dikatakan halal sebelum ini, namun masih timbul persoalan di kalangan para jemaah terbabit sama ada kandungan vaksin berkenaan halal atau tidak.

“Isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ia melibatkan ribuan jemaah haji dan umrah di negara ini saban tahun. Jika ia halal tidak mengapa namun jika tidak, kerajaan perlu mencari alternatif lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai status suntikan vaksin meningitis di Malaysia yang menimbulkan keraguan ramai terutama selepas Majlis Ulama Indonesia mahu pemerintah di republik itu mengharamkannya semalam


Dalam nada yang sama, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga mahu kerajaan mengadakan ujian pemeriksaan terhadap kandungan vaksin meningitis yang wajib diambil oleh jemaah haji di negara ini sebelum mereka menunaikan rukun Islam kelima di Arab Saudi.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma’amor Osman berkata, ujian sampel yang digunakan itu perlu dilakukan bagi mengetahui sama ada vaksin tersebut mengandungi enzim babi.


“Jika kewujudannya ada, saya menggesa supaya dikeluarkan fatwa untuk mengharamkannya. Saya menggesa pihak berkenaan supaya mengambil sampel semua suntikan untuk diuji akan kewujudan sebarang enzim babi,” katanya.