Khamis, Februari 26, 2009

TV ISRAEL MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW


Saluran TV 10 Israel telah menyiarkan satu rancangan yang mencemuh dan menghina Nabi Muhammad (SAW) di mana salah seorang daripada para peserta itu bernama Natan Bshefken menyamakan kasutnya dengan Junjungan Mulia.

Dr Taleb Abu Sha’ar, Menteri hal-ehwal agama Palestin dengan mengecam keras siaran TV Israel ini, sambil mengatakan saluran itu dengan sengaja menyiarkan slot itu ini dan tidak memadamkannya sehingga membangkitkan perasaan marah Umat Islam yang lain.

Dr Abu Sha’ar berkata perasaan umat Islam di seluruh dunia telah terluka dengan kempen media Israel terhadap para nabi, serta menambah kempen ini melampaui batas peradaban dan penerimaan perbuatan seperti itu akan bertukar menjadi satu bentuk penghinaan untuk agama yang dianuti oleh lebih daripada satu bilion penduduk di dunia.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

MESTI TONTON ! - Debat Al-Quran-Injil (2)


MENGUPAS ILMU PENGETAHUAN

AL-QURAN DAN INJIL.

video
(4)

video
(5)

Rabu, Februari 25, 2009

MESTI TONTON ! - Debat Al-Quran-Injil (1)


MENGUPAS ILMU PENGETAHUAN
AL-QURAN DAN INJIL.

Insya-Allah, di bawah label Mesti Tonton! kali ini saya akan uploadkan berperingkat-peringkat untuk tatapan semua, sebuah rakaman majlis ilmu Debat & Soal Jawab perbandingan Al-Quran dan Injil anjuran Islamic Circle of North America (ICNA).

Ahli panel terdiri daripada Dr. Zakir Naik (Mumbai, India) dan Dr. William Champbell (Pennsylvania, USA). Untuk bahagian (1 & 2) lebih kepada perbahasan daripada Dr. William Champbell.


Audio telah dialih bahasa ke dalam bahasa Indonesia. Moga ada manfaat buat kita semua di dunia dan akhirat, dan agar Allah kurniakan Taufiq dan Hidayah-Nya dalam pencarian kita mencari kebenaran. Terima kasih kepada mereka yang mengusahakan majlis ini. Hanya Allah yang mampu menilainya.


video
(1)

video
(2)

Selasa, Februari 24, 2009

TIMAH BUKAN PERAK


Oleh : Dr. Mahathir Mohamad


1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.

WACANA MEMPERINGATI HASAN AL-BANNA, 26 FEBRUARI

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Hrkh) - Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan akan menganjurkan wacana memperingati kesyahidan Imam Hassan Al-Banna dengan tema 'Hasan Al-Banna menjuarai isu Palestin'.

Pengerusinya, Ustaz Riduan Mohd Noor berkata, wacana itu bertujuan mengimbau perjuangan dan pengorbanan Hassan Al-Banna dalam gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Syria dan Jordan dalam gerakan jihad menentang penubuhan negara haram Israel.

Katanya, wacana tersebut diadakan pada 26 Februari ini di Markas PAS Kawasan Pandan bermula jam 9 malam.

Beliau berkata, wacana itu penting bagi menanamkan rasa cinta kepada pejuang Islam dan generasi baru PAS supaya semua dapat menekuni sejarah hidup perjuangan Islam tersohor abad ke-20.

Menurut beliau, program itu diadakan pada bulan Februari bagi mengenang pembunuhan Hasan Al-Banna pada 12 Februari 1949 oleh rejim Mesir.

Antara pembentang kertas kerja dalam wacana itu adalah Dr Azhar Yaakob dan Ustaz Riduan sendiri selaku exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sebelum wacana sesi tayangan audio visual akan diadakan berkaitan Hassan Al-Banna dan misi kemanusiaan ke Palestin.

Mereka yang berminat untuk mengikuti wacana tersebut boleh menghubungi Nik di talian 019-3238455. - lanh _

PAS ADA 'BAIAH' ELAK LOMPAT PARTI - Ust Hadi


KEPALA BATAS, 23 Feb : - "Baiah merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihan raya sama ada umum atau kecil."

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan, PAS nyata mempunyai rahsia tersendiri untuk menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada mengambil sikap melompat parti kerana tindakan itu bukan sahaja membelakangkan kehendak Allah s.w.t bahkan meninggalkan amanah manusia yang mahu seseorang Adun itu melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Katanya rahsia tersebut ialah 'Baiah' yang merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti berbanding parti lain ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihanraya samada umum atau kecil.

"Perbezaan kekuatan Adun-adun PAS ialah 'Baiah' berjanji dengan Allah s.w.t sekiranya kami menipu, khianat, menyeleweng kami akan dilaknat oleh Allah.s.wt, oleh malaikat dan segala yang melaknat.

"Itulah yang tiada dalam parti lain kerana masing-masing mengambil agama suku, politik suku, " ujarnya ketika berceramah di pekarangan Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terenganu memberitahu, walaupun ada Adun atau kepimpinan yang melompat keluar parti, semua pihak boleh melihat di mana 'kedudukan' mereka tika ini.

Sambungnya, golongan terbabit kehilangan maruah dan kehebatan bahkan jika berada dalam parti lain hanya sekadar melukut di tepi gantang bukan lagi diberikan kepercayaan sebagai kepimpinan sepertimana dalam PAS sebelum ini.

"Kita tengok mereka yang lari dari PAS apa yang mereka perolehi sebagai hukuman di dunia.

"Mereka hilang maruah, hilang kehebatan dan tidak ke mana walhal golongan terbabit mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Itulah perhitungan antara dosa dan pahala, " tegasnya.

Justeru itu, PAS tetap berusaha mengajak parti lain untuk bersama PAS memperjuangkan kedaulatan demi menjaga maruah yang tinggi tidak kerana pandangan manusia sebaliknya kerana Allah s.w.t.

PAS katanya, tidak memaksa parti lain terutamanya bukan Islam menerima Islam semata-mata menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah menyelewengan amanah rakyat dengan melakukan berbagai kekejaman dan kezaliman.

Dipetik dari blog Cina Islam.

Sabtu, Februari 21, 2009

HI-TEA BERSAMA YAB MB NIZAR


MAJLIS HI-TEA BERSAMA YAB MENTERI BESAR PERAK

(yang sah)

Tarikh : 1 Mac 2009 (Ahad)

Tempat : Dewan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor,
Shah Alam, Selangor (PKPS)

Masa : 3.00 p.m. hingga 5.00 p.m

Kehadiran VIP

Dato Seri Ir Haji Mohd Nizar Jamuluddin
Dr Lo’Lo’ Ghazali
Ustaz Haji Ahmad Awang
Ustaz Misbahul Munir Masduki

Tiket berharga RM20.00

Sila hubungi :

019-6570438 (Subang/Subang Jaya)
012-2871614 (Cheras/Bandar Tun Razak)
017-6727584 (Kajang/Bandar Baru Bangi)
019-3837785 (Shah Alam/Klang)
012-2141858 (Gombak/Ampang/Hulu Klang)
013-3657491 (Shah Alam)
019-2316539 (Puchong/Putrajaya)

Anjuran :

IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN

MESTI TONTON ! - UBAT HATI (2)

video

Ini hanya gambaran 'Peristiwa Hari Kiamat', hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui. Mohon kita dijauhkan untuk berada pada saat yang maha dasyat itu. Moga klip video ini dapat mengetuk pintu hati.

*Alunan Zikir Oleh : Ustaz Akhil Hayy Rawa
(dari album 'Kembara Sufi' terbitan In-team Record)

MESTI TONTON! - UBAT HATI (1)

video

*Alunan Zikir Oleh : Ustaz Akhil Hayy Rawa
(dari album 'Kembara Sufi' terbitan In-team Record)



Jumaat, Februari 20, 2009

PESAN SANG SAPURBA


Lagut teman di Bukit Saguntang. Lagut nengak kilauan emas buah padi. Lehe dengan liuk lentok dedaun kilauan perak dan suasa bila disuluh mentari pagi. Tak sedor Wan Empok menggamit ajak ke dango untuk bersama makor pulut panggang. Kelihatan Wan Malini sedang mengintu api untuk dijadikan bara.

“Tak payahler mike makor pulut tu. Bior deme jer yang makor. Bukannya banyak”, tetiba terdengar suara Sang Sapurba di pintu dango.

“Moh kite rase kopi tumbuk ni. Dodoi semalampun ada lagi”, pelawa Sang Sapurba yang telah bersila di beranda dango.

“Camne dengan MB Nizar?”, Sang Sapurba memulakan labun pagi semalam.

“Dah jadi memanda buangan”, spontan jer teman nyampuk.

“Sape kate?”, tanya Sang Sapurba

“MB Nizar sendiri yang kata”.

“Ituler kome tak paham maksud tuanku. Sebenornya tuanku suka pada MB Nizar. Tuanku memang yakin pada kerojer MB Nizar. Apa yang tuanku buat tu semata-mata nak bantu MB Nizar jadi makin kuat. Kuat agama, kuat semangat, kuat mental, kuat fizikal, tahu undang-undang dan sayang pada rakyat tanpa mengira bangsa. Bukan ker semuanya itu rakyat tuanku”.

“Tuanku tahu UMNO memang udah tak guna. Sebelum UMNO mampuih, tuanku gunakan UMNO untuk perkuatkan MB Nizar. Ce kamu tengok dan pahamkan betui-betui, bila tuanku lantik Zambry jadi MB, MB Nizar steady jer. Rakyat tanpa mengira bangsa berdiri teguh di belakang MB Nizar.

Kalo UMNO tak kaco dan tuanku tak izinkan Zambry jadi MB, MB Nizar tentu tak jadi sehebat sekarang. Kalo dulu orang bukan Melayu masih was-was dengan PAS, sekarang semua bangsa dah kagum dengan MB Nizar. Baruler deme paham bahawa PAS untuk semua. Islam untuk semua”.

“Kamu takkan tak tahu, tuanku tu bijaksana. Bab undang-undang ni khatam celah gigi jer. Tengak apa dah jadi? Terkolap Zambry dikerojerkan oleh Speaker. Takkan tuanku tak tahu kuasa Speaker. Esok lusa leboh ler Zambry tu. Leboh Zambry bermakna leboh ler juga UMNO dari Perak”.

“Ngape kamu tenganga? Minumler yangat tu, karang sejuk tak sedap”, usik Sang Sapurba.

“UMNO mungkin udah sedor, tapi udah tak guna. Dulu deme hingke bebenor nak ngunte projek, tapi rupenye apahpun tak mandang. Orang Pangkor udah mimpi ada gotak emas dari Lumut ke Pangkor.

Laki si Midah tu udah mula ngigo nak jadi pengurus bola. Dia udah tak larat jadi drebar bini jer”, beria-ia benor Sang Sapurba berlabun perihal negeri teman.

“Boleh tak MB Nizar jadi calon Bukit Gantang?”, tetiba jer teman nanye pasei calon.

“Kamu jangan jadi tengin dan lepe macam UMNO. Nizar tu MB. Bagiler orang lain. Ustaz Deghih tu orang situ. Elokler dia jadi calon. Ustaz Deghih tu bukan Deghih laki Midah, tahu pasei bola jer. Kalo UMNO letak si Jin ker, si Loi ker, tak ngumbeh deme dengan Ustaz Deghih tu”, terdiam teman bila Sang Sapurba kata teman ni tengin macam UMNO.

“Kamu pahamker apa aku kata tadi?”, tanya Sang Sapurba

“Paham. Tuanku buat semua ni sebab nak munuh UMNO. Tuanku buat macam ni sebab nak tolong perkuatkan MB Nizar. Tuanku tahu rakyat akan marah, sebab bila rakyat marah, maknanya rakyat sayangkan MB Nizar. Tuanku tahu rakyat tak derhaka. Tuanku tahu UMNO lebih derhaka”.

“Satu lagi, tuanku mintak rakyat bersabor dulu”, tambah Sang Sapurba.

Wan Empok datang mawak pulut panggang. Wangi dan berasap lagi. Padi pulut yang ditumbuk dengan lesung tangan. Wan Malini pula masih membakor pulut panggang.

(‘Labun’ Perak ini saya nukilkan daripada blog “Dango Mamamat”. - Insan Kerdil.)