Isnin, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA EDULFITRI

Assalamualaikum. Semalam Ahad, 28 Ramadhan adalah acara kemuncak bagi program yang dijalankan sepanjang Ramadhan 1429 di Markaz Pas Cawangan Taman Dato' Senu, Sentul, Kuala Lumpur.

Acara itu, Majlis Penyampaian Sumbangan kepada golonga Ibu Tunggal, Fakir Miskin dan Fisabillah atas anjuran pihak Markaz Pas Cawangan Taman Dato' Senu telah diadakan dalam keadaan cukup sederhana sebelum masuk waktu berbuka.

Tidak ramai penerima yang dapat hadir di waktu majlis meyampaikan bantuan dijalankan. Kemungkinan ramai yang menjangkakan program diadakan sebelah malam. Maka banyak bantuan hanya dapat diserahkan disebelah malam. Disamping kelemahan di pihak penganjur juga tak dapat dinafikan dalam mewar-warkan berkenaan program tersebut.

Saya bagi pihak penganjur memohon maaf atas kelemahan dalam menganjurkan majlis tersebut. Insya-Allah untuk masa yang akan datang kami akan memperkemaskan gerak kerja bagi setiap program yang hendak dijalankan.

Selepas berbuka majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjamaah. Sesudah itu aktiviti 'makan berat' bertalam diadakan. Memang 'berat'. Mana taknye, makanan banyak...hadirin tak ramai...memang berat le...!

Di sini juga, kami di pihak Markaz Pas Cawangan Taman Dato' Senu ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian semua 'Alim Ulama', Tuan-Tuan Guru, Ustaz-Ustaz kerana sudi menerima undangan pihak kami untuk mengisi program-program yang diadakan sepanjang Ramadhan 1429 ini. Selamat menyambut Edulfitri dari kami untuk antum.

Seperkara lagi, dikesempatan ini ingin saya mengumumkan bahawa Ramadhan 1429 ini berkemungkinan besar merupakan Ramadhan terakhir bagi segala aktiviti kita di No. 35, Jalan 12, Taman Dato' Senu ini.

Setelah sekian lama kita menyewa dan bertapak di alamat ini, kini tiba masanya kita terpaksa berhijrah ke tapak baru ekoran rumah ini telah pun dijual kepada pemilik lain.

Segala perancangan telah dan sedang dijalankan bagi mencari tapak baru. Beberapa lokasi telah dikenal pasti bagi kita meneruskan perjuangan dan kerja dakwah ini. Mana mungkin untuk kita memati dan menamatkan usaha yang telah diljalankan oleh mereka sebelum ini.

Kepada mereka yang terlibat diawal penubuhan Pas Cawangan Taman Dato' Senu dahulu, jasa dan bakti antum hanya Allah SWT sahaja yang dapat menilai dan megurniakan ganjaran-Nya.

Akhir kata, kepada yang ingin pulang berhari raya tu diingatkan supaya berhati-hati dalam perjalanan. Tidak kira menaiki apa...kereta, motorsikal, bas...hatta berbasikal dan berjalan kaki pun...haruslah berhati-hati ye. Moga jumpa lagi selepas raya ok...!

Dari saya untuk anda...SELAMAT HARI RAYA EDULFITRI...MAAF ZAHIR & BATIN...!!!

Rabu, September 24, 2008

MESTI TONTON! - Haid Dan Nifas (2)

video
(4)

video
(5)

video
(6)

Tajuk : Permasalahan Dan Penjelasan Lengkap
HAID DAN NIFAS
Oleh : Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki
Tempat : Dewan Maa'had Muhammadi Perempuan,
Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.


LAILATULQODAR

Kata sesetengah ulama, malam Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu.


Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.


Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan.


Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a.


Tegas beliau: "Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''. Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.


Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu.


Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini.


Wallahualam.


*Sumber : Email - Rosli Zakaria, Bahrain.

KEISTIMEWAAN 10 TERAKHIR RAMADHAN



Ihya' Ramadan
Oleh : Zuridan Mohd. Daud

ALANGKAH cepatnya masa berlalu, ketika kita mula merasakan seronok melaksanakan ibadah, Ramadan semakin hampir menutupkan tirainya. Sepuluh hari terakhir Ramadan adalah saat di mana Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya.

Berlalunya sebahagian besar dari hari-hari Ramadan sewajarnya menimbulkan kecemasan kepada kita. Apakah selama 19 hari kita berpuasa (sekarang dah hari ke 24) benar-benar telah menjadikan kita manusia yang bertakwa atau sebaliknya?

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadan) baginda menghidupkan malam, baginda mengemaskan kainnya dan baginda mengejutkan isterinya (yakni tidak bersama dengan isteri).

Hadis ini menceritakan kepada kita bagaimana Nabi SAW bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah meskipun baginda tidak melakukan dosa. Namun baginda telah memberikan satu contoh tauladan yang baik kepada umatnya di dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadan.

Panduan yang diberikan oleh baginda ini menggambarkan betapa tinggi nilainya saat yang kita lalui sekarang. Menjadi suatu yang amat malang sekiranya kita semakin lemah dan cuai dalam melakukan ibadah meskipun Ramadan semakin hampir meninggalkan kita.

Imam Muslim juga meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a berkata: Bahawa Nabi SAW bersungguh-sungguh (beribadat) pada 10 malam terakhir tidak seperti mana (di bulan) selainnya. Contoh yang ditinggalkan kepada kita oleh baginda SAW wajar dijadikan pedoman di dalam mengisi hari-hari terakhir Ramadan ini.

Apa yang dimaksudkan dengan baginda SAW menghidupkan malam dan mengemaskan kain sarungnya ialah sebagai satu gambaran bagaimana bersungguhnya baginda menumpukan saat ini dengan ibadah sehinggakan
baginda tidak bersama dengan isteri untuk 10 malam terakhir ini. Kesungguhan ini didorong pula dengan kelebihan sepuluh malam terakhir yang dijanjikan dengan kehadiran malam Al-Qadr atau Lailatulqadar.

Firman Allah SWT: Maksudnya: (Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan). (al-Qadr: 1-3).

Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Sebaliknya bagi mereka yang alpa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga terlupa promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah. Juga digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.

Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena. Bagi memudahkan mereka bangun bersama pastikan mereka dapat tidur lebih awal.

Bagi suami isteri 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.

Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: "Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia".

- ZURIDAN MOHD. DAUD ialah Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan,
Universiti Malaysia Pahang

*sumber : Email - Rosli Zakaria, Bahrain.

Isnin, September 22, 2008

MESTI TONTON! - Haid Dan Nifas (1)

video
(1)

video
(2)

video
(3)

Tajuk : Permasalahan Dan Penjelasan Lengkap
HAID DAN NIFAS
Oleh : Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki
Tempat : Dewan Maa'had Muhammadi Perempuan,
Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

Pra kata :
Sebagaimana cabang Ilmu Islam yang lain, permasalahan Haid dan Nifas juga amat penting untuk didalami dengan teliti dan bersungguh-sungguh kerana ia sangat berhubung kait dengan ibadat khususnya Solat, Puasa dan Haji.

Oleh itu, rakaman video ini sangat berguna bukan saja kepada kaum Wanita, malahan kaum Lelaki juga sangat-sangat perlu untuk mendalami ilmu ini.

Apa pun terima kasih kita ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menghasilkan video yang sangat bermanfaat ini. Saya hanya memanjangkan buat tatapan anda semua. Moga Allah kurniakan ganjaran yang hebat buat mereka ini.

Namun jika ada penerangan yang tidak berapa jelas atau kurang faham, sila rujuk kepada mereka yang lebih arif.

Untuk sambungan yang seterusnya, Insya-Allah saya akan uploadkan satu persatu dari semasa ke semasa. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti kupasan seterusnya.



Jumaat, September 19, 2008

PAS AKAN SERTAI PERUBAHAN KERAJAAN DENGAN SYARAT ISLAM MEMANDU

Izwan Abdul Halim
Thu | Sep 18, 08 | 1:31:35 pm MYT

KOTA SARANG SEMUT, 18 Sept (Hrkh) - PAS akan tetap menyertai perubahan kerajaan dengan syarat kerajaan itu nanti mestilah dipandu oleh Islam.




Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan Ceramah Nuzul Quran Dan Penjelasan Isu 16 September di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

"Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan.

"PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS," tegas beliau yang disambut dengan laungan takbir.

Menurut beliau, jika syarat ini tidak dipenuhi, PAS tidak akan menyertai perubahan tersebut. Pun begitu, katanya, sehingga hari ini PAS melihat tanda-tanda awal bahawa syarat itu hendak diterima.

"Tetapi kalau syarat itu tidak diterima, kita teguh dengan prinsip. Kita minta pengikut-pengikut PAS setia dengan perjuangan. Ikut arahan, jangan lari dari jamaah biar apa sekalipun berlaku. Ini tanggungjawab dan kewajipan," tegasnya.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang turut menyampaikan ucapan pada ceramah tersebut melahirkan keyakinan kepada kepimpinan Ustaz Abdul Hadi. Image

"Kita tetap dengan Ustaz Abdul Hadi sebagai Presiden PAS, kita tidak akan gadai perjuangan kita, kita tidak akan bertukar ganti prinsip. Ustaz Abdul hadi telahpun membawa maruah PAS," ujar beliau yang juga Menteri Besar Kedah.

Majlis semalam dimulakan dengan tahlil dan berbuka puasa yang turut disertai Dato' Seri Presiden PAS. Lebih 5,000 hadirin memenuhi Kompleks PAS Kedah itu semalam mendengar ceramah dua tokoh terbabit. - mns_

Khamis, September 18, 2008

TIDAK ADA PERSELISIHAN DIANTARA TGHH DAN TGNA - Dari TKO

Oleh salam_andalus

Assalamualaikum kepada semua ahli TKO semoga ramadhan ini menjadi sinar keimanan kepada diri kita semua.

Bagi mengulas isu ini sebenarnya tidak ada perselisihan diantara TGHH dan TGNA kerana dalam surat khabar harakah hari ini TGNA menyatakan yg sedemikian.

"Usaha ke arah membentuk kerajaan baru pada 16 September dengan diketuai Parti Keadilan Rakyat tidak boleh disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin".

Ini kerana istilah angan-angan Mat Jenin itu tidak ada pada orang politik,”

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16998&Itemid=1

Maka tidak bercangah dengan apa yang disampaikan oleh TGHH yang mengatakan "saya bukan pemimpin mat jenin".

Jika diperhatikan betul-betul perkataan TGNA dan TGHH adalah sama iaitu tidak akan menjadi ahli politik mat jenin kerana mereka sentiasa berusaha untuk mertabatkan Islam.

Oleh yang demikian di harapkan kepada semua ahli TKO tidak salah anggap dengan apa yang berlaku dan sentiasa istiqomah dengan perjuagan Islam kerana Allah berfirman di dalam Al-Quran di dalam surah al-Imran:

‘’sekiranya kamu sudah berazam maka serahkanlah ia pada Allah ( bertawakkal ) dan Allah amat menyintai orang-orang yang bertawakal kepadanya ”

Jadi janganlah kerana isu yg kecil kita perbesarkan ia dan jangalan kita jadi golongan pelampau di dalam Islam.

Semoga ramadhan ini menjadikan bulan mensucikan hati kita sebagai perjuang-pejuang Islam.

Akhir kata maafkan saya jika terkasar kata atau terguris jiwa semoga anda memaafkan saya. Salam perjuangan.

MASA UNTUK MENYERTAI PAS

Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

aUmum mengetahui bahawa negara kita kini berada dalam suasana kegawatan ekonomi yang menekan rakyat yang sebahagiannya adalah hasil dari kalutnya kepimpinan negara dalam menguruskan polisi dan pelaksanaan pembangunan ekonomi negara.

Suasana ini diburukkan lagi dengan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno untuk memastikan suasana kestabilan politik dan keharmonian kaum yang terus dihormat.

Umno yang satu ketika dahulu digambarkan sebagai lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di awal penubuhannya, kini telah hilang taring dan gagal dalam memastikan maruah umat Islam dan orang Melayu terbela.

Gambaran bahawa terjejasnya keharmonian kaum ini oleh pimpinan Umno seolah-olah hubungan kaum di Malaysia kini berada pada tahap yang paling rendah juga sebenarnya adalah cubaan Umno untuk mengalih masalah yang berlaku di kalangan parti komponen BN pada ketika ini.

Sehubungan itu, Parti Islam Se Malaysia (PAS) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat Islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS dan seterusnya menjadikan PAS sebagai parti tempat bernaung.

PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit, tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih universal sifatnya, maka PAS percaya bahawa orang-orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli-ahli Umno beserta pimpinannya secara khusus memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah.

Sebagaimana yang dipertegaskan oleh PAS dalam Muktamar PAS ke-54 yang lalu dengan tema “PAS UNTUK SEMUA”, bahawa sebenarnya perjuangan PAS tetap kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan kepada akidah perjuangan yang jelas.

PAS bukannya sebuah parti politik semata-mata, tetapi adalah satu wadah dakwah dan tarbiyah. Perjuangan PAS adalah bersifat universal, untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat, sebagaimana yang termaktub dalam Bab Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), Perlembagaan PAS di mana usaha-usaha PAS ialah:

� Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam,

� Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini,

� Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta manghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Bertitik tolak dari hakikat ini, maka PAS sudah lama bersedia untuk mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan oleh Umno ini. PAS percaya bahawa ahli-ahli dan pimpinan Umno ini boleh memberi sumbangan tenaga mereka menerusi PAS.

Marilah bersama-sama kita bina wadah PAS ini supaya menjadi lebih kuat dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Marilah bersama-sama menyertai PAS!

16 September 2008/ 16 Ramadhan 1429

DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Khamis, September 11, 2008

MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA...

Secebis kisah….

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..I letih la..dah lewat ni, I nak tido lah....".


Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi. Basuh jap.


Susun pinggan kat rak, lap dapur…terpercik kena sambal masa masak tadi. Check air panas dalam flusk, takut habis pulak nanti malam anak nak susu. Memang dah kering pun flusk ni, jerang la air. Sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong, salin la gula.


Check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok, nasib baik ada lagi. Ishh...ni lauk bila ni?...semalam...dah beku dah, basuh la kejap. Pergi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh, penat dah ni…besok je la basuh. Sidai kain jap. Tik!!!...bunyi air dah masak, salin air dalam flusk...ok settle!

Baru teringat tak sembahyang lagi...on the way nak gi bilik, papa tgk tv lagi. Nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska. Check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping. Alamak…terlupa pulak masukkan botol, basuh botol jap. Ok settle...!

Ternampak pulak beg gi keje...emm…besok nak pakai beg polo coklat lah, asyik-asyik pakai beg hitam ni je...salin jap barang-barang gi ambik beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tertinggal apa-apa…leceh pulak. Selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti. Hishhh…sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli beg baru ni. Rasanya 25hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni dia..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa. Ok settle…!

Tetiba dengar suara papa,”..U buat apa lagi tu...tadi kata nak tido..". "Yelah nak tido la ni..nak sembahyang jap..."

Masuk toilet..buat apa-apa yang patut. Cuci muka dulu, 2 jenis lak tu...adoi. Gosok gigi…pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

Bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang.


Laa.., napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...gi dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok-elok...kemaskan baju… gantung...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..!

Dengar suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang-senang je orang masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.

Ni mainan ni bersepah-sepah...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah.

Ok, dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la lampin ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti gi Sogo 25hb ni beli la sekali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tengah malam ni eh..tido sampai pagi k...good nitesweet dreams...

Aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus…setkan alarm...setkan program kerja besok...pagi pukul 9.30 ade meeting…ahh...boring...

Panas pulak lotion nih. Dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini, mohon keberkatan dari Mu Tuhan. Papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....!

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...hehe...agaknya la..

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

*sumber : Email yang wife saya hantar kat saya..hehehe.

Isnin, September 08, 2008

TAZKIRAH RAMADHAN - Ust. Dr. Zaifuddin Md. Rasip


Assalamualaikum.
Untuk malam ini, Tazkirah Ramadhan di Markaz Tarbiyyah Pas Cawangan Taman Dato' Senu akan diteruskan oleh Al-Fadhil Ust. Dr. Zaifuddin bin Md. Rasip (gambar).

Beliau yang berasal dari Muar, Johor merupakan bekas Pensyarah di UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Kini beliau menceburkan diri secara sepenuh masa dalam bidang Keusahawanan.

Di sini saya sertakan serba sedikit latar belakang pendidikan dan kerjaya beliau semasa berkhidmat di UIAM:


Academic Qualifications

-Ph.D in Usuluddin (Comparative Religion:Christianity), International Islamic University Malaysia, Malaysia.
-M.A in Usuluddin, International Islamic University Malaysia, Malaysia.
-Diploma in Arabic Language, National Institute of Modern Languages, Islamabad, Pakistan.
-Dip. Sc. Agriculture, Universiti Putra Malaysia, Malaysia.


Area of Interest

-Islamic Thought & Comparative Region.


Selected Publications

-Unitarianism in Christianity: An Historical and Textual Analysis.

-Universalism in Islam.


Selected Presentations

-(18/03/03) Ciri-ciri Orang yang Berjaya, Seminar Kejayaan. Kuala Lumpur.
-(18/03/03) The Protocol of Zion and the New World Order, Seminar on Plain Truth. Kuala Lumpur.
-(09/09/02) Agama-agama Dunia, Da’wah in Multi-Religious Country. Kuala Lumpur.
-(08/08/02) Basic Fundamentals of World Religion, Comparative Religion as a method of Da’wa. Kuala Lumpur.
-(05/09/03) Self, Family and Organization Management, Seminar on Human Re-Engineering. Kuala Lumpur.
-(01/06/03) Kerja Berpasukan, Seminar on Team Bulding. Kuala Lumpur.


WAR-WAR KAN!!!

Jumaat, September 05, 2008

TAZKIRAH DAN KULIAH SUBUH



Tazkirah Ramadhan di Markaz Tarbiyyah Pas Caw. Tmn. Dato' Senu malam ini Jumaat-5 Ramadhan (5 Sept.) akan diteruskan oleh Al-Fadhil Ustaz Salleh Sani Harun Al-Hafiz (gambar). Beliau adalah Naib Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat. Juga merupakan Mudir sebuah institusi Pengajian Al-Quran iaitu Tahfiz Darul Furqan yang terletak di Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur.

Manakala untuk Kuliah Subuh esok, Sabtu-6 Ramadhan (6 Sept.) kita telah menjemput Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang merangkap YDP Pas Kawasan Paya Besar yang juga bekas calon Pas N19 Panching pada PRU-12 yang lalu, Al-Fadhil Ustaz Yusof bin Embong (gambar) untuk menyampaikan kuliah.

Untuk tazkirah yang seterusnya sila rujuk jadual penuh.

WAR-WARKAN!

CERAMAH MEMPERINGATI PERISTIWA 'NAKBAH PALESTIN'


Ceramah Sorotan Peristiwa " NAKBAH PALESTINE"
Bagi Mengutip DANA PERJUANGAN PALESTIN

Tempat: Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar

Tarikh: Ahad, 7 Ramadhan 1429
(7 September 2008)

Masa: 9.00 malam ( Selepas Tarawih & Tazkirah )

Penceramah : Hj. Mohamad Sabu
&
Wakil Palestin

Anjuran : Al-Quds Malaysia

Khamis, September 04, 2008

TAZKIRAH RAMADHAN - USTAZ AZHAR BIN YAHYA


Insya-Allah Slot Tazkirah Ramadhan di Markas PAS Cawangan Taman Dato' Senu pada malam ini 4 Ramadhan 1429 - Khamis, 04 Sept. 2008 akan diisi oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar bin Yahya (gambar). Bagi anda yang berkesempatan untuk hadir, kehadiran anda amat dialu-alukan.

Program seperti biasa macam tahun-tahun sudah, akan dimulakan dengan solat Isya' berjamaah. Diikuti solat Tarawikh berjamaah (8 rakaat) serta solat sunat Witir berjamaah. Sesudah itu Tahlil akan dibacakan sebelum Tazkirah dimulakan.

Untuk makluman juga, Markas Pas Cawangan Taman Dato' Senu hanya mampu memuatkan lebih kurang 30-35 orang untuk solat dalam satu masa (20 muslimin/15 muslimat). Bagi anda yang inginkan keselesaan bolehlah solat di tempat lain terlebih dahulu sebelum datang mendengar tazkirah. Harap maklum!

WAR-WAR KAN!!!

APAKAH ITU 'FREEMASON'?

video

Ketahui:

-Sejarah penubuhan dan asal usulnya.
-Matlamat penubuhannya.
-Agenda sulit disebalik penubuhannya.
-Dan banyak lagi...

Bersama: Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)

Rabu, September 03, 2008

TAHNIAH BUAT AZHAN ATAN

video

Assalamualaikum buat semua. Macamana puasa hari ini...ok? Masuk hari ketiga ni rasanya dah ok kut. Kalau hari pertama tu mungkin ada sedikit 'kejutan'. Tambah pula 'time' kat 'office' semalam, mengantuk semacam je. Tapi bagi yang dah biasa puasa sunat tu insya-Allah takde hal lah.

Sabtu lepas, dua hari sebelum umat Islam menjalani ibadah puasa, telah berlansung konsert akhir bagi rancangan 'reality TV' di TV9 iaitu 'Akademi Nasyid' musim pertama.

Seperti yang dijangka (oleh saya), Saudara Azhan Atan telah dinobatkan sebagai juara musim pertama ini. Azhan membawakan dua buah lagu. Satu lagu yang pernah dipopularkan oleh Ramli Sarip, berjudul Iqra' dan sebuah lagu baru yang berjudul 'Segalanya Pasti'. Di sini saya 'upload'kan untuk anda klip video lagu 'Segalanya Pasti'.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Azhan adalah merupakan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Piai, Johor.

Pada hari berlansungnya konsert akhir itu, sms menyeru agar mengundi Azhan disebarkan, terutama kepada ahli-ahli Pas. Laman blog juga memainkan peranan. Antara blog yang saya perasan berkempen untuk Azhan pada hari itu adalah 'Episod Sebuah Perjuangan' - Ust Nasaruddin Hassan At-Tantawi.

Kalau anda masih ingat, saya juga secara tak lansung pernah 'berkempen' untuk Azhan dalam catatan saya sebelum ini berkenaan 'Akademi Nasyid'.

Ok lah, keputusan telah diketahui, yang tak menang (bukan kalah...tak menang je..) jangan bersedih hati. Cuba lain kali.

Kepada Azhan, selain dari rezeki...anggaplah ini juga sebagai satu uijan dari Allah buat enta. Moga enta tak 'lalai' dengan nikmat Allah yang tak seberapa tu. Moga Allah sentiasa memelihara enta dan keluarga dunia dan akhirat..insya-Allah. Amin.

Selasa, September 02, 2008

RAMADHAN FESTIVAL ILMU


Terlebih dahulu suka saya mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal kepada sahabat-sahabat yang beragama Islam (manalah tahu kot-kot ada yang non-muslim jengah blog saya ni). Moga Ramadhan kali ini bukan Ramadhan Terakhir buat kita. Kita dikira beruntung daripada mereka yang lansung tak berkesempatan untuk mengecapi nikmat Ramadhan 1429 ini. Moga Allah kurniakan juga kepada kita untuk Ramadhan-Ramadhan yang seterusnya.


Al-Fadhil Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz dalam Tazkirah Ramadhannya di Markaz PAS Cawangan Taman Dato’ Senu pada hari Ahad baru-baru ini di bawah tajuk ”Fasa-Fasa (Peringkat-Peringkat) Umur Insan” menyatakan satu kisah yang benar-benar berlaku di satu kawasan di Paya Jaras, Selangor.


Kisah bagaimana seorang yang telah membuat persiapan awal bagi menyambut kedatangan Ramadhan. Dengan niat dan harapan agar nanti apabila tiba Ramadhan tak perlu lagi dia bersibuk-sibuk untuk membeli itu dan ini. Azamnya agar sepanjang Ramadhan nanti adalah masa untuknya memperbanyakkan ibadah, tanpa diganggu dengan hak-hal dunia yang kadang-kadang menyibuk dan melalaikan.


Namun kehendak Allah mengatasi segala-galanya. Diberitakan, tiga hari sebelum datangnya Ramadhan dia terlebih dahulu 'dijemput' Allah swt. Al-Fatihah kita hadiahkan buatnya. Moga niatnya untuk beramal sepanjang Ramadhan ini diterima Allah dan dikurniakan ganjaran walaupun tidak berkesempatan untuk merasai nikmat beramal di dalam bulan mulia ini.


Itulah antara kisah dan pengajaran yang dapat saya nukilkan daripada Tazkirah yang diadakan di Markaz Pas Cawangan Taman Dato’ Senu. Banyak lagi ilmu, kisah dan pengajaran yang boleh kita perolehi daripada majlis-majlis ilmu seumpama ini, terutama di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.


Dimana-mana tempat tak kira masjid, surau atau markaz terutama di Kuala Lumpur ini, khasnya dalam bulan Ramadhan ini, boleh dikatakan semuanya mengadakan majlis ilmu. Dah macam Festival atau Pesta Ilmu pula. Boleh dikatakan para Ustaz kebanyakannya Ustaz-Ustaz muda yang datang dari beberapa buah negeri contohnya Terengganu, Kelantan, Pahang dan negeri-negeri lain malahan dari Sabah pun turun untuk memberi tumpuan kepada warga kota yang sebenarnya memang dahagakan ilmu.


Kesimpulannya, kautlah, galilah, carilah seberapa banyak laba yang Allah sediakan khusus untuk kita Umat Muhammad di dalam bulan penuh barakah ini. Pendayung sudah di tangan, perahu sudah di airan...apalagi berdayunglah.