Jumaat, Ogos 29, 2008

TAZKIRAH RAMADHAN 1429H


Insya-Allah Tazkirah Ramadhan di Markas PAS Cawangan Taman Dato' Senu akan bermula pada malam awal Ramadhan - Ahad, 31 Ogos 2008. Slot Tazkirah Ramadhan bagi tahun 1429H ini akan dimulakan oleh Al-Fadhil Ustaz Hishamuddin bin Abdul Aziz (gambar). Bagi anda yang berkesempatan untuk hadir, kehadiran anda amat dialu-alukan.

Program seperti biasa macam tahun-tahun sudah, akan dimulakan dengan solat Isya' berjamaah. Diikuti solat Tarawikh berjamaah (8 rakaat) serta solat sunat Witir berjamaah. Sesudah itu Tahlil akan dibacakan sebelum Tazkirah dimulakan. Insya-Allah jadual penuh Tazkirah Ramadhan akan menyusul kemudian.

Untuk makluman, Markas Pas Cawangan Taman Dato' Senu hanya mampu memuatkan lebih kurang 30-35 orang untuk solat dalam satu masa (20 muslimin/15 muslimat). Bagi anda yang inginkan keselesaan bolehlah solat di tempat lain terlebih dahulu sebelum datang mendengar tazkirah. Harap maklum!

WAR-WAR KAN!!!

SURAH AL-KAUSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya-Allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s..w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat..

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Pekara yang baik kita amalkan selalu. Sebar-sebarkan kepada kawan-kawan, terima kasih.

copyright
Rosli Zakaria- Bahrain

*sumber : Email
Wallahu `alam


Rabu, Ogos 27, 2008

SANTAI

Dah dekat seminggu tak ada bahan baru yang saya 'publish' kan. "Idea tak datang + tak ada masa", itulah 'alasan' yang saya kira boleh diberikan kot, itupun kalau diterima.


Nak ulas pasal YB DSAI kembali ke parlimen, rasanya kat internet ni dah berlambak dan bermacam-macam ulasan. Saya pun dah banyak 'link' kan kat blog ni pilih je, nak baca dari ulasan pro atau kontra ikut suka.

Cuma harapan kita (saya), apa pun moga kembalinya YB DSAI ke persada politik dan parlimen negara akan memberi impak yang sangat-sangat baik kepada semua pelusuk lapisan masyarakat amnya dan kepada Islam khususnya. Semoga apa jua kepincangan yang berlaku sebelum ni dapat diperbetulkan kembali.

Ok. Rasanya kalau nak cerita dan baca pasal politik selalu pun letih juga. Apa kata kalau saya tulis bab yang agak santai, ok kot. Lagipun blog saya ni tak terikat dengan satu-satu konsep, lebih kepada nak menyatakan rasa hati je. Walaupun tulisan tu datang dari orang lain, klau saya rasa serasi dengan jiwa saya, saya akan 'publish' kan untuk tatapan semua.

KENDURI KAHWIN


Sekadar nak berkongsi cerita. Sabtu lepas (23hb) buat pertama kalinya selepas kira-kira 2 tahun saya balik kampung asyik dengan kereta je, kali ni saya balik kampung dengan bas. Dulu 'time' bujang biasalah balik kampung naik bas, kadang-kadang tunggang motorsikal. Bila dah kahwin terus beli kereta, dengan niat biarlah isteri dan anak-anak nanti merasa sedikit selesa.


Saya balik kerana urusan kenduri kahwin sepupu. Mulanya memang rancang nak balik dengan kereta, tapi bila fikirkan kereta yang dah lama tak servis tambah pula dengan kos minyak yang dah melambung, terpaksalah guna alternatif lain.


Saya balik pun seorang je, anak isteri tak ikut. Ye lah, esoknya dah hari Ahad, Isnin dah nak kerja. Memang meletihkan kalau naik bas bawa anak-anak dalam masa singkat macam tu. So, baliklah saya sendirian macam‘time’ bujang-bujang dulu..hehe


Bas pilihan saya, Transnasional (gambar). Ingat nak naik Plusliner boleh turun kat Bota tapi lewat sangat, pukul 10.30 pm. Bas Transnasional ni bertolak pukul 2.30 pm. Sampai di Bidor bas berhenti kat Restoran Kari Kepala Ikan Salim (gambar). 'First time' saya singah minum kat situ.


Kebiasaanya dalam 4 jam sampailah. Hari tu pukul 7 baru sampai. Turun di Setiawan, lepak kat masjid. Solat Jama’ Ta’dim. Nak naik bas ke kampung ‘time’ tu memang dah takde. Nak naik teksi, entah berapa pulalah tambangnya. Akhirnya ‘call’ Abang minta datang ambil.


Sampai kampung kat rumah sepupu yang nak kahwin tu, saya terserempak dengan dua individu yang ada kaitan dengan kes yang tengah panas kat Perak sekarang ni. Kes apa lagi kalau bukan pasal rasuah tu lah. Dua individu tu tak payahlah saya nyatakan namanya. Daripada sembang kitaorang tu, mereka menyatakan ini memang satu konspirasi nak menjatuhkan kerajaan PR Perak.


Eh, ingat tadi tak nak sentuh pasal politik, terselit juga sikit. Tak pelah. Ok lah, kat bawah ni ada saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan ‘time’ kenduri tu untuk tatapan anda khasnya saudara-mara yang minta saya masukkan dalam blog ni. Maaflah ye, kalau-kalau ada gambar yang agak ter’tabarruj’ tu.








SAHABAT

Saje nak tambah lagi. Buat sahabat saya yang kini bekerja kat Bahrain, saudara Rosli bin Zakaria. Ana 'publish' kan gambar-gambar enta kat blog ni buat tatapan mereka yang rindukan enta. Ana pun rindu gak..hehe! Untuk makluman anda, sahabat saya ni terpaksa 'meninggalkan' sementara isteri dan anak-anaknya di Sentul untuk mencari rezeki di perantauan. Saya dimaklumkan oleh beliau insya-Allah pertengahan Ramadhan ni keluarganya akan menyusul ke Bahrain



KULIYAH ISYA' - USTAZ MUHAMMAD QORI

Malam ini (Rabu, 27.08.08) Kuliah Isya' Ust Muhammad Qori' akan diadakan di Markaz Tarbiyyah Pas Caw. Tmn. Dato' Senu, No. 35, Jalan Dato' Senu 12, Taman Dato' Senu, 51000 Sentul, Kuala Lumpur.

Ust Muhammad Qori akan mengajar dari Kitab 'Fiqh-Imam Syafei' (Feqah).

Insya-Allah kuliyah akan dimulakan pada pukul 9.45 malam.

Datanglah beramai-ramai bagi mendapat keredhaan Allah dan secara tak lansung mengimarahkan lagi majlis ilmu ini, Insya-Allah.

Minta war-warkan!

Khamis, Ogos 21, 2008

KEISTIMEWAAN DISEBALIK KEKURANGAN

Mungkin ada pro dan kontra. Yang saya maksudkan adalah berkenaan muzik/seni dalam Islam. Pelbagai pandangan telah kita dengar yang dilontarkan oleh pelbagai pihak.

Namun yang terkini apa yang boleh kita tonton dan dengar melalui rancangan realiti di TV9 iaitu 'Akademi Nasyid', mungkin boleh menjadi batu loncatan atau alternatif hiburan kepada umum khususnya remaja yang mana kita sering mempersoalkan tentang akhlak dan gaya hidup mereka yang agak menyimpang.

Walaupun tak dinafikan ada kecacatan dan ketidaksempurnaan dalam rancangan itu, namun sebagai permulaan bolehlah kita terima sebagai alternatif. Bukan tujuaan saya nak promote 'Akademi Nasyid' pula kat sini, sekadar melontarkan pandangan.

Di bawah ini ada saya 'upload'kan untuk yang tak berkesempatan menonton rancangan itu. Salah seorang insan yang Allah kurniakan sedikit 'keistimewaan' dalam bidang seni ini, iaitu Saudara Azhan Atan.

Memiliki suara dan gaya persembahan yang pada saya sedikit sebanyak mampu meruntun perasaan insan yang bukan hanya mendengar dengan telinga tetapi dengan jiwa.

Itulah antara 'keistimewaan' yang ada pada insan ini disebalik 'kekurangan'nya.
video video

PROJEK TIDAK WUJUD, DUA EXCO DIANIAYA - MB PERAK



Alhusseyn dan Johari Jaafar
Thu | Aug 21, 08 | 11:18:10 am MYT

IPOH, 21 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan kewujudan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar yang didakwa menjadi punca penahanan dua Exco Kerajaan Negeri dan enam yang lain oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Sehubungan itu, beliau menegaskan keyakinan bahawa mereka yang terbabit kemungkinan dianiayai.

"Kerajaan Pakatan Rakyat menafikan ada meluluskan mana-mana projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar; projek tersebut tidak wujud, jadi mustahil kedua-dua Exco boleh membantu meluluskan projek itu," katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

"Kami yakin kedua-dua Exco dan rakan-rakannya telah dianiaya; Kerajaan Pakatan Rakyat tidak tergugat dan akan terus tadbir dan urus negeri seperti biasa," katanya.

Nizar bagaimanapun menyerahkan kepada BPR untuk melakukan siasatan dan keputusan kes tersebut akan ditentukan melalui proses undang-undang.

Beliau juga berjanji akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu itu.

Di masa yang sama, Nizar mengumumkan keputusan Pakatan Rakyat Perak untuk membentuk panel peguam untuk membantu pembelaan dua Exco terbabit.

Dua Exco Perak yang ditahan reman BPR bagi membantu siasatan semalam ialah Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang juga Adun Changkat Jering, Kepten (B) Osman Mohd Jailu dan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan, yang juga Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi.

Selain dua exco kerajaan negeri itu, yang lainnya ialah seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan dua orang peniaga.

Seorang lagi yang didakwa terlibat ialah bekas Adun Bota, Kepten (B) Usaili Alias.

Difahamkan, dua ahli exco yang ditahan itu, tidak terbabit dalam rasuah seks.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan BN untuk melemahkan kerajaan negeri.

"Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara," kata Ngeh, ketika ditemui Malaysiakini di lobi Parlimen, semalam.

Ngeh berkata, perkhidmatan kedua-dua ahli exco itu tidak akan digantung sepanjang penyiasatan dijalankan oleh BPR, sambil menegaskan bahawa mereka telah dianiaya.

"Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung?" tegasnya.

Beliau juga menyentuh tentang 'tindakan pantas" BPR bertindak dalam kes-kes yang membabitkan wakil rakyat Pakatan.

"Apa yang paling mengecewa dalam hal ini, ialah mengapa BPR bertindak pantas sekali dalam mengambil tindakan terhadap kita, sedangkan kita juga telah membuat banyak laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?" soalnya.

Ngeh, yang juga ahli Parlimen Beruas, mempertahankan pemimpin Pakatan, sambil berkata mereka telah diingatkan supaya jangan terbabit dalam rasuah sebelulm kerajaan negeri ditubuhkan dahulu.

"Kita mahu mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan terhadap ketelusan dan penubuhan sebuah kerajaan yang bebas rasuah, sebelum kita menubuhkan kerajaan negeri," tambahnya. - tajdid

-Harakahdaily

Isnin, Ogos 18, 2008

KULIYAH TAFSIR - Surah Al-Baqarah (Ayat 6-7)

video
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin Mohammad
Tarikh : 12 Syaaban 1429 bersamaan 14 Ogos 2008
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS Cawangan Taman Dato' Senu,
Sentul, Kuala Lumpur.

Jumaat, Ogos 15, 2008

KULIAH ISYA' - UST AZHAR YAHYA


PENGUMUMAN:

Kuliah Isya' Ustaz Azhar Yahya di Markaz PAS Cawangan Taman Dato' Senu yang sepatutnya mengikut jadual pada malam ini ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Harap maklum!

Khamis, Ogos 14, 2008

KULIYAH ISYA' AL-FADHIL USTAZ ZAHARUDDIN MOHAMMAD



Malam ini (Khamis, 12 Syaaban 1429 bersamaan 14 Ogos 2008) Kuliah Isya' Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin Mohammad insya-Allah akan diadakan di Markaz Tarbiyyah Pas Caw. Tmn. Dato' Senu, No. 35, Jalan Dato' Senu 12, Taman Dato' Senu, 51000 Sentul, Kuala Lumpur.

Al-Fadhil Ustaz akan mengajar Tafsir dari Surah Al-Baqarah.

Insya-Allah kuliyah akan dimulakan pada pukul 9.45 malam.

Datanglah beramai-ramai bagi mendapat keredhaan Allah dan secara tidak lansung mengimarahkan lagi majlis ini, Insya-Allah.

Untuk senarai penuh jadual Kuliah Isya' yang diadakan, sila ke Jadual Kuliyyah Isya'

Minta war-warkan!

Rabu, Ogos 13, 2008

CERAMAH TUAN GURU PROF. DATO' DR. HARON DIN

video
Sinopsis :
-Kenaikan Harga Minyak.
-Ketuanan Melayu Atau Ketuanan Islam?
-Kisah Pilihanraya DUN Sangglang.
-Kisah Fitnah Dan Konspirasi.
-Hukum Allah Penyelesai Masalah Jenayah.
-Dimana Relevannya "Islam Hadhari"?

Isnin, Ogos 11, 2008

REMAJA PERLUKAN BEKALAN AKHIRAT

Ustaz Zainuddin Hashim
Mon | Aug 11, 08 | 8:22:59 am MYT


PERSOALAN mati memang fobia dan trauma kepada semua lapisan masyarakat, bangsa dan budaya.

Kebimbangan seseorang tidak kira usia, sama ada yang menjangkau 60 tahun ke atas, atau yang masih dalam lingkungan usia belasan hingga 20-an.

Mati pun tidak kenal usia atau bangsa, ia akan menemui seseorang itu sama ada dia bersedia atau pun tidak.

Mati juga tidak boleh ditunda hingga ke suatu waktu yang tidak diketahui oleh sesiapa, kerana adalah satu hakikat yang akan menjelma pada bila-bila masa seperti yang ditegaskan dalam al-Quran menerusi ayat 78 surah an-Nisa yang bermaksud: "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."

Ada manusia yang mati kerana sakit tua, ini adalah lazim berlaku kepada mereka, ada pula yang mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Tidak kurang yang mati kerana sedang berseronok-seronok di taman-taman bunga, di padang bola, stadium kerana menyaksikan konsert hiburan, di studio-studio, sedang menonton wayang, sedang bermesyuarat dan bermacam-macam lagi karenah manusia yang cenderung kepada dunia yang melalaikan.

Sementara bagi golongan remaja pula, seolah-olah mati tidak ada dalam kamus hidup mereka. Sebab itu mereka lebih cenderung kepada program-program dunia yang menjurus kepada tidak mengingati Allah, hari akhirat, persediaan dalam alam kubur, persoalan Munkar dan Nakir dan sebagainya.

Malah ada antara mereka dengan sikap ego menegaskan bahawa masa muda inilah perlu dihabiskan untuk bersuka ria (enjoy), nanti kalau sudah tua barulah bertaubat.

Media kini sudah melampau

Justeru, konsep taubat dalam konteks hari ini seolah-olah hanya tertumpu kepada golongan yang sudah berkaki tiga (bertongkat), yang bongkok, yang terlantar di hospital.

Ini berlaku kerana tiada kesungguhan pihak berkuasa, lebih tepat golongan pemerintah atau penguasa tidak mengadakan penerangan padu lagi jitu mengenai kefahaman agama sekali gus membimbing remaja mencintai ajaran agama.

Akhbar-akhbar arus perdana, program televisyen sama ada yang dimiliki kerajaan apatah lagi yang dimiliki swasta banyak memuatkan agenda hiburan, sukan melampau seolah-olah membayangkan mentaliti perancang agenda berkenaan cenderung kepada aspek-aspek yang telah disebutkan.

Tetapi persoalan utama di sini, ialah bagaimana pula jika Allah SWT mematikan pada usia muda, apakah mereka sudah bersedia dengan bekalan amalan yang diperintahkan kepada mereka untuk dilaksanakan?

Kita semua sedar bahawa persekitaran yang melingkungi diri kita pada hari ini bukanlah persekitaran Islam yang boleh dibanggakan, walau pun terdapat pihak tertentu menyifatkan kita sudah berada dalam sebuah negara yang mengamalkan Islam.

Kalau itu yang didakwakan pihak tertentu, maka bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur bersih daripada kawasan pelacuran yang membimbangkan.

Tetapi kita nak tanya mereka yang mendakwa demikian, Islam yang macam mana? Islam hakikikah? Islam Hadharikah? Islam Liberalkah? Islam Pluralismekah?

Tapi yang kita tahu, Islam tidak dilaksanakan dalam negara Malaysia ini menurut hukum syarak, sama ada hudud, qisas ataupun takzir, yang ada semua bohong belaka.

Kalau betul Islam dilaksanakan, kenapa mak menteri masih tidak bertudung, menutup aurat itukan perintah Allah, sesiapa yang melanggarnya berdosa besar. Undang-undang Islam juga tidak dilaksanakan dalam pentadbiran negara, macam-macam lagi dakwaan yang tidak berasas.

Konsep hiburan yang mengelirukan

Pokoknya di sini, jika pemerintah tidak minat untuk menyedia, merancang, program-program agama khusus buat remaja, maka tidak hairan gejala songsang yang menyalahi konsep agama Islam sebenar akan pudar dan musnah, ini sebagai permulaan ke arah untuk lebih tidak bersedia dengan bekalan, amalan untuk hari akhirat.

Kalau benar pihak tertentu khususnya kerajaan mahu menyelamatkan golongan remaja, mereka sepatutnya membatalkan segera segala program berbentuk hiburan keterlaluan, jadi tidak ada lagi selepas ini JomHeboh yang melalaikan, Akademi Fantasia, One in the Million, konsert goyang gerudi Inul, Mentor dan macam-macam lagi.

Sekarang timbul pula program realiti 'Akademi Nasyid'. Banyak pihak keliru dengan konsep, pendekatan dan penampilan peserta yang bertanding, apa yang dapat umum simpulkan, nasyid akan membawa lagu-lagu berkonsepkan kesedaran, sama ada berpaksikan tauhid ketuhanan, peranan serta tugas para Anbiya, berkorban untuk agama, mengajak umum untuk beribadat, bersatu-padu dan sebagainya.

Tetapi ada yang tidak kena dengan program realiti berkenaan, penampilan peserta lelaki yang berambut panjang, amat tidak sinonim dengan persembahan nasyid seperti yang difahami umum.

Peserta perempuannya pula 'bertabarruj' atau bersolek sama seperti artis pop wanita lain, persoalannya di sini, apakah kewujudan program itu adalah untuk mengimbangi 'Akademi Fantasia' yang sudah masuk musim keenam 'jahanam', atau ada perkara yang tersirat.

Apapun ia masih terbuka untuk dikritik, kerana yang penting setiap program yang disediakan seumpama itu, matlamatnya adalah golongan remaja adalah sasaran tepatnya.

Jika ia tidak menepati tuntutan dan ruang lingkup agama, ia mungkin akan jadi 'back fire' kepada penganjur dan institusi agama dalam negara di semua peringkat, malah tidak sedikit pun mengingatkan mereka dengan 'mati'.

Remaja perlu mengingatkan diri

Ingatlah, bahawa baik remaja, maka baiklah masa depan negara dan sebaliknya jika rosak remaja maka rosaklah negara, agama dan bangsa, apabila manusia sudah roboh harga diri dan maruah mereka, usah kita bermimpi untuk mampu membina mereka pada waktu yang singkat, kerana manusia bukan bangunan yang boleh kita rancang tempoh untuk dibangunkan.

Justeru, wahai adik-adik remajaku sekalian! Walaupun ada pihak tertentu tidak bersungguh untuk mengingatkan remaja tentang persoalan mati, para remaja perlu mengingatkan diri mengenainya, kerana kematian akan menemui mereka tanpa diduga.

Jadilah remaja seperti yang pernah ditegaskan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah amat bangga (kagum) dengan golongan remaja yang tiada dalam diri mereka ciri-ciri kejahatan."

Ketahuilah, bahawa yang menjayakan program Islam pada zaman baginda Rasulullah s.a.w., majoriti terdiri daripada golongan remaja. Apakah mereka tiada kecenderungan untuk berhibur, atau dengan lain perkataan tidak mahu 'enjoy' pada usia demikian.

Mereka pun mempunyai cita-cita seperti remaja hari ini, cuma yang membezakan ialah kesanggupan mereka berkorban untuk meninggikan syiar-syiar Islam, sanggup mati demi untuknya.

Maka lahirlah slogan yang cukup tersohor untuk dikongsikan bersama remaja hari ini, iaitu Allah matlamat hidup kita, Rasulullah contoh teladan kami, al-Quran perlembagaan hidup kami, berjihad cara hidup kami dan mati pada jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami.

Motivasi al-Quran: Ayat-ayat mengenai kejayaan remaja

APA dimaksudkan kejayaan yang diraih golongan remaja, adalah dari sudut pegangan kuat mereka terhadap agama, memiliki kekentalan iman dan akidah yang tidak mudah goyah ketika berhadapan dengan sesuatu isu, sama ada godaan yang datang daripada wanita, habuan kekayaan yang bersifat sementara dan pelbagai isu lain.

Sifat-sifat ini pernah dimiliki oleh remaja atau pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang diceritakan Allah dengan terperinci dalam satu surah yang juga dikenali dengan al-Kahfi yang bermaksud gua, iaitu para pemuda yang tertidur dalam gua selama 300 tahun kerana lari daripada kezaliman raja yang menindas rakyatnya.

Allah menceritakan tentang mereka menerusi ayat 9-14 surah al-Kahfi maksudnya: "Adakah Engkau menyangka (Wahai Muhammad), Bahawa kisah 'Ashaabul Kahfi' dan 'Ar-Raqiim' itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Kami? (9)

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan agama kami". (10)

"Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. (11).

"Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka Yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (12)

"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (13)

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan Yang Mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripada padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh daripada kebenaran." (14)

Remaja perlu rujuk nasihat Luqman al-Hakim

Begitu juga dengan pemuda Ashabul Ukhdud yang memiliki kekuatan akidah hingga sanggup berkorban demi kepentingan agama dengan menyeru orang ramai supaya menerima Islam sebagai pegangan mereka hingga ke akhir hayat.

Dengan izin Allah SWT seluruh penduduk yang diperintah oleh seorang raja yang sangat zalim menerima Islam hasil penyampaian yang dilakukan seorang pemuda yang benar-benar beriman kepada Allah SWT.

Cerita mengenai mereka boleh dirujuk menerusi ayat pertama hingga ayat terakhir iaitu ayat 22 daripada surah al-Buruj, ia amat memberi kesan yang amat mendalam kerana kesanggupan mereka berhadapan dengan kuasa toghut walau pun terdiri daripada satu kaum dengan kekuatan iman kepada Allah SWT.

Dalam kesempatan ini, paling penting ialah remaja perlu merujuk nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya bagi meniti kejayaan sebenar, nasihat-nasihat yang disampaikan itu antara lain:

1- Bersyukur kepada Allah.
2- Tidak melakukan syirik kepada-Nya.
3- Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
4- Menunaikan solat.
5- Menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.
6- Bersabar terhadap ujian yang menimpa diri.
7- Tidak bertindak sombong dan angkuh kepada manusia.
8- Besederhana ketika berjalan (tidak terlalu cepat atau lambat).
9- Merendahkan suara ketika bercakap.

Demikianlah petua atau kunci kejayaan seseorang remaja yang dirakam Allah menerusi kitab-Nya yang menjadi pedoman kepada seluruh bangsa manusia hingga berlakunya hari Kiamat.

-Harakahdaily

FORUM MASUK ISLAM: FITNAH JANGAN DIKEJUT


Ustaz Idris Ahmad
Mon | Aug 11, 08 | 2:52:39 pm MYT


Islam agama Allah, maka Allah akan pelihara agama-Nya. Islam bukan ciptaan manusia atau mana-mana pemimpin tetapi ia adalah agama yang datang daripada Allah SWT. Ajaran Islam pula ajaran yang menyeru kepada perdamaian bukan pemusuhan. Islam mampu buktikan ia boleh tinggal dengan aman walaupun berlainan agama. Tidak ada dalam sejarah Islam membuat kezaliman kepada orang bukan Islam walaupun mereka minoriti berada di dalam negara Islam.

Islam bukan agama yang memaksa orang memeluknya. Kalau dipaksa maka ia akan melahirkan golongan munafik dalam Islam. Peraturan Islam, apabila sudah menganut Islam maka ia tidak boleh keluar dari agama. Selalu mereka persoal balik kenapa hanya orang Islam tidak boleh murtad, kenapa kami daripada agama lain boleh keluar agama asal dan memeluk Islam. Jawapannya adakah dalam agama kamu menghalang daripada keluar agama kamu.

Alhamdulillah negara kita yang penduduk peribuminya Islam dan menerima pakai Islam sebagai ajaran anak pribumi di negara ini. Dan inilah juga dihormati oleh penjajah ketika mereka datang ke negara kita. Penjajah Inggeris tahu, soal agama adalah merupakan perkara yang sensitif dan tidak boleh campur tangan dari kalangan orang lain.

Perjanjian Pangkor 1874 sebagai titik mula dilihat bagaimana Inggeris menghormati Islam dan tahu mana kekuatan yang ada pada orang Melayu Islam. Mereka tahu batasan orang Melayu iaitu Islam. Inggeris memutuskan bahawa soal agama diurus oleh sultan dan soal pentadbiran dikendalikan oleh Residen Inggeris. Kenapa ini berlaku kerana Inggeris tahu bahawa orang melayu sensitif terhadap agama mereka.

Dalam banyak hal ketika negara hendak merdeka beberapa perkara yang menjadi soal fundemantal telah dimasukkan dalam perlembagaan. Seolah-olah perkara ini dianggap 'keramat' dan tidak boleh disentuh seperti soal Islam, kedudukan raja-Raja Melayu, keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu. Walaupun dalam realiti pada hari ini beberapa perkara sudah mula terhakis seperti bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu, ia tidak berapa sensitif kepada orang Melayu-Islam di negara ini.

Tetapi soal Islam jangan siapa untuk menyentuh kerana ia sudah menjadi darah daging kepada orang Melayu-Islam di negara ini. Lebih-lebih lagi termaktub dalam perlembagaan Malaysia Fasal 160 definisi Melayu adalah seperti berikut; "...seorang yang menganut agama Islam lazimnya bercakap bahasa Melayu menurut adat istiadat Melayu dan:

a. Lahirnya sebelum hari merdeka di Persekutuan atau Singgapura atau pada hari merdeka ia adalah berdomisi di Persekutuan atau di Singapura atau,

b. Ia adalah keturunan seorang yang tersebut.

Mengaitkan agama dengan bangsa menunjukkan ia adalah asas kepada fikiran orang Melayu sehingga agama Islam telah menjadi satu unsur yang penting dalam definisi Melayu menurut Perlembagaan Negara.

Bangsa Melayulah satu-satu bangsa yang dikaitkan dengan agama, di mana Melayu adalah sinonim dengan Islam. Memahami hakikat ini penjajah Inggeris mampu bertapak di Tanah Melayu, serta mengubah struktur kepimpinan di negara ini, berbanding dengan kuasa penjajah Portugis dan Belanda.

Kerana mereka mengetahui psikologi orang Melayu berkenaan dengan agama. Mereka memberi cuti umum pada hari Jumaat, bulan puasa sekolah diberikan cuti kesemua ini untuk meraikan orang melayu yang kuat dengan syiar agama.

Sebab itu pada awal tahun 2006 apabila tindakan sembilan menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum bersama kepada Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama telah menjadi kemarahan orang Islam.

Memorandum itu, yang membutirkan undang-undang berkaitan dan beberapa perakuan, ditandatangani oleh semua menteri itu, termasuk Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato' Seri Ong Ka Ting; Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Dato' Seri Dr Lim Keng Yaik; Menteri Kerja Raya Dato' Seri S Samy Vellu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok; Menteri Pengangkutan Dato' Seri Chan Kong Choy; Menteri Sumber Manusia Dato' Seri Dr Fong Chan Onn; Menteri Kesihatan Dato' Dr Chua Soi Lek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Maximus Ongkili; dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato' Peter Chin Fah Kui. Yang paling sedih tindakan ini dikatakan wajar oleh Tan Sri Rafidah Aziz " (Utusan Malaysia 21.1.06, "Tindakan mereka wajar")

Tindakan yang mereka lakukan amat mengguris perasaan orang Islam di negara ini. Selama ini perkara yang membabitkan masalah agama tidak ada siapa yang berani sentuh termasuk penjajah yang pernah datang ke negara ini. Kita ingin mengingatkan bahawa hal ehwal Islam biarlah orang Islam selesaikan. Mereka tidak berhak mencapuri urusan Islam, sebagai mana Islam tidak berhak untuk mencampuri hal ehwal bukan Islam.

Mereka perlu ingat bahawa Orang Melayu-Islam begitu sensitif dengan agamanya apabila diganggu. Banyak perkara lain mereka boleh maaf tetapi tidak pada urusan agama.

Alhamdulillah orang Melayu-Islam masih sensitif dengan agamanya. Selonggar mana pun ikatan orang Islam dengan agamanya ia tidak tergamak agamanya dihina dan dipermain-mainkan.

Sebab itu apabila isu Artikel 121 (1A) cuba hendak disentuh seluruh rakyat di negara ini yang beragama Islam bangkit menentang, walalupun kita lihat kehidupan mereka yang agak sekular tetapi dalam hal ini mereka tetap tidak bersetuju. Kerana ini mereka anggap suatu hal yang menggugat jati diri mereka sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam

Jangan menyamakan Islam dengan agama mereka. Tuntutan yang melampau terhadap Islam bermakna menguji keimanan orang Islam. Kalau penjajah yang datang ke negara ini memahami tentang isi hati orang Melayu Islam, ini maka mereka juga kena faham apa yang boleh mereka buat dan tidak boleh buat di negara ini.

Pada hari Sabtu, 9 Ogos 2008, Majlis Peguam hendak menganjurkan pula Forum Masuk Islam. Semua pihak marah termasuklah parti PAS melalui kenyataan Dato' Seri Presiden PAS yang menyatakan bahawa ini akan mencetuskan ketegangan agama dan kaum di negara ini. Keadaan tersebut jika dibiarkan, katanya, akan merugikan negara dan oleh itu demi kestabilan hubungan agama serta kaum, PAS menggesa pihak Majlis Peguam membatalkan forum berkenaan.

Kita tahu ini adalah agenda mereka yang hendak memperjuangkan supaya orang bebas untuk murtad. Sedangkan perkara ini sudah jelas, tetapi kenapa mereka masih degil. Apakah mereka hendak menguji tahap kesabaran orang Islam. Selama ini suasana yang harmoni boleh berjalan dengan baik kenapa isu ini yang dibangkitkan.

Ini juga adalah lanjutan kumpulan Artikel 11 yang hendak menuntut supaya kebebasan untuk beragama dan supaya orang Islam juga bebas untuk murtad. Sudah dua kali program Artikel 11 berjaya digagalkan oleh umat Islam iaitu di Pulau Pinang dan di Johor Bahru sehingga Tan Sri Nazri Aziz kata ini tindakan yang bodoh kepada mereka yang tunjuk perasaan. Suka diingatkan ini adalah fitnah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud "Fitnah itu tidur, celakalah mereka yang mengejutkannya."

-Harakahdaily

Jumaat, Ogos 08, 2008

PEMBATALAN PROGRAM REHLAH PEMUDA KAWASAN BATU

PENGUMUMAN: Program Rehlah Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu (DPPKB) yang dijadualkan berlansung pada Ahad-10hb Ogos 2008, telah dibatalkan atas sebab memberi laluan kepada Program Bersama Ketua Pengarah DBKL berkaitan isu Draf Pembangunan Kuala Lumpur.

Program tersebut akan diadakan di Madrasah Tarbiyyah Kg Bandar Dalam pada hari Ahad-10hb Ogos 2008, pukul 9.30 pagi.

Harap maklum!

KULIAH ISYA' - UST FADHIL NOOR AL-YAMANI

Malam ini (Jumaat-8hb Ogos 2008) insya-Allah akan diadakan Kuliah Isya' oleh USTAZ MOHD FADHIL NOOR BIN ABDUL KARIM di Markaz Tarbiyyah PAS Caw. Taman Dato' Senu di alamat No.35, Jalan Dato' Senu 12, 51000 Sentul, K.Lumpur pada jam 9.45 malam.

USTAZ MOHD
FADHIL NOOR BIN ABDUL KARIM merupakan Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan, juga sebagai Pengarah MTD DUN Chini serta AJK Lajnah Tarbiyyah Dewan Ulama' PAS Negeri Pahang.

Dilahirkan di Kedah, kini menetap di Pahang. Merupakan bekas pelajar di Madrasah Darul Mustafa, Hadramaut, Yaman dan Universiti Al-Azhar Caw. Tanta, Mesir.

Datanglah beramai-ramai bagi mengimarahkan majlis ilmu ini.

ULANG TAHUN YANG PERTAMA ANAK KEDUA



Hari ini Jumaat (08.08.08) genaplah 1 tahun umur anak saya yang kedua, NURUSSOFIYYAH BINTI MUSTAFAH KAMAL. Jika dihitung dengan kalendar Hijrah umurnya 1 tahun adalah pada 24 Rejab yang lalu.
'Abah' dan 'Ummi' doakan moga 'adik' sihat sejahtera dan sentiasa dibawah naungan rahmat Allah SWT.
Amin..Ya Robbal'alamiin..!

Khamis, Ogos 07, 2008

PAS BANTAH FORUM ANJURAN MAJLIS PEGUAM MALAYSIA


Parti Islam Se Malaysia (PAS) membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam Malaysia untuk mengadakan forum bertajuk "Memeluk Islam" yang dijadual diadakan di ibu negara pada 9 Ogos ini.

PAS mengakui bahawa hak kebebasan bersuara memberikan jaminan kepada semua pihak untuk berdailog dan berbincang berhubung isu-isu kepentingan umum, namun demikian isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam adalah seasuatu yang mutlak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dan dipelihara oleh perlembagaan negeri-negeri.

Oleh itu PAS merasakan kiranya forum ini diteruskan ia nanti mampu mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara. Dan ini sudah pasti akan menjejaskan keharmonian negara dan akan merugikan semua pihak.

Bagi PAS Islam adalah agama yang membawa dan menjanjikan kebaikan buat semua, oleh yang demikian sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa (authority) kerana Islam berdiri berteraskan sumber-sumbernya sendiri.

Kerana itu PAS berpandangan inisiatif Majlis Peguam Malaysia ini yang bersumberkan fahaman sekular akan hanya menyelewengkan pemahaman sebenar terhadap Islam lantas mencetuskan konflik dan akhirnya ketegangan yang tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak.

Demi menjamin kestabilan dan hubungan antara agama dan kaum PAS menyeru pihak penganjur agar membatalkan sahaja forum berkenaan.

Presiden,
Parti Islam Se Malaysia (PAS).


-Harakahdaily

SPR BERNIAT JAHAT?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah berniat jahat kerana menetapkan hari bekerja, Selasa 26 Ogos sebagai tarikh pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Kebanyakkan pengundi berdaftar di Permatang Pauh adalah golongan pekerja. Ini akan menimbulkan sedikit kesulitan kepada mereka untuk membuang undi.

Ketua Penarangan Pas Pusat, Yang Berhormat Hj. Mahfuz Omar melahirkan kebimbangannya atas keadaan itu di dalam blog beliau, gemasuara.blogspot.com

"Saya bimbang ini satu lagi taktik untuk mengurangkan peratusan keluar mengundi dalam agenda Umno-BN memastikan undi kepada Pakatan Rakyat berkurangan sekaligus boleh dijadikan bahan kononnya sokongan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim berkurangan," ujar Mahfuz.

Bagi pengundi yang bekerja di Butterworth, Georgetown atau Balik Pulau, Mafuz berkata, "Jika mereka (pengundi yang bekerja di bahagian pulau) tidak mendapat cuti, bagaimana mereka hendak membuang undi dengan hanya pulang pada waktu rehat yang hanya ada masa satu jam untuk menunaikan kewajiban mereka sedangkan perjalanan dari bahagian pulau ke Permatang Pauh mengambil masa yang lama,"

Beliau juga berharap agar pihak SPR dapat mengkaji semula penetapan tarikh itu dan mengubahnya kepada hari cuti agar para pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka.

Rabu, Ogos 06, 2008

JADUAL TAZKIRAH DAN KULIAH SUBUH - RAMADHAN 1429

Ahad - Malam 1 Ramadhan (31.08.08) - Ust. Hishamuddin bin Abdul Aziz (Tazkirah)

Isnin - 1 Ramadhan (01.09.08) - Ust. Marzuki bin Zakaria (Tazkirah)

Selasa – 2 Ramadhan (02.09.08) – Ust. Yusof Johan (Tazkirah)

Rabu – 3 Ramadhan (03.09.08) – Ust. Abdul Malek bin Mohammad (Tazkirah)

Khamis – 4 Ramadhan (04.9.08) – Ust. Azhar bin Yahya (Tazkirah)

Jumaat – 5 Ramadhan (05.09.08) – Ust. Salleh Sani bin Harun (Tazkirah)

Sabtu – 6 Ramadhan (06.09.08) – Ust. Yusof bin Embong (Kuliah Subuh)

Sabtu – 6 Ramadhan (06.09.08) – Ust. Tasir (Tazkirah)

Ahad – 7 Ramadhan (07.09.08) – Ust. Mohd Azlan (Tazkirah)

Isnin – 8 Ramadhan (08.09.08) – Ust. Zaifuddin Md. Rasip (Tazkirah)

Selasa – 9 Ramadhan (09.09.08) – Ust. Ahmad Rizam bin Ghazali (Tazkirah)

Rabu – 10 Ramadhan (10.09.08) – Ust. Kamal bin Ashaari (Tazkirah)

Khamis – 11 Ramadhan (11.09.08) – Ust. Mohd Safiaai bin Juri (Tazkirah)

Jumaat – 12 Ramadhan (12.09.08) – Ust. Mohammad Fadhil Noor bin Abdul Karim Al-Yamani (Tazkirah)

Sabtu – 13 Ramadhan (13.09.08) – Ust. Abu Hisyam bin Yusof (Tazkirah)

Ahad – 14 Ramadhan (14.09.08) – Ust. Sobri bin Mat (Tazkirah)

Isnin – 15 Ramadhan (15.09.08) – Ust. Rahmat bin Samsi (Tazkirah)

Selasa – 16 Ramadhan (16.09.08) – Ust. Amran bin Abdul Talib (Tazkirah)

Rabu – 17 Ramadhan (17.09.08) – Ust. Abdul Malek bin Mohammad (Tazkirah)

Khamis – 18 Ramadhan (18.09.08) – Ust. Moktar bin Ramli (Tazkirah)

Jumaat – 19 Ramadhan (19.09.08) – (Tiada)

Sabtu – 20 Ramadhan (20.09.08) – Ust. Hishamuddin bin Abdul Aziz (Kuliah Subuh)

Sabtu - 20 Ramadhan (20.09.08) - Ust. Suhaimi bin Saad (Tazkirah)

Ahad – 21 Ramadhan (21.09.08) – Ust. Mohammad Fadhil Noor bin Abdul Karim Al-Yamani (Kuliah Subuh)

Ahad – 21 Ramadhan (21.09.08) – Ust. Suhaimi bin Saad (Tazkirah)

Isnin – 22 Ramadhan (22.09.08) – Ust. Abu Bakar bin Salleh (Tazkirah)

Selasa – 23 Ramadhan (23.09.08) – Ust. Yusof bin Johan (Tazkirah)

Rabu – 24 Ramadhan (24.09.08) – Ust. Mohd Qari bin Abdul Ghapar (Tazkirah)

Khamis – 25 Ramadhan (25.09.08) – Ust. Zakaria (Tazkirah)

Jumaat – 26 Ramadhan (26.09.08) – Ust. Sobri bin Mat (Tazkirah)

Sabtu – 27 Ramadhan (27.09.08) – Ust. Hamzah bin Ngah (Tazkirah)

Ahad – 28 Ramadhan (28.09.08) – Ust. Shaari bin Che In (Tazkirah)


*Tazkirah akan diadakan selepas solat sunat Tarawikh (8 rokaat), Witir (3 rokaat 2 salam) dan Tahlil.
*Kehadiran Muslimin & Muslimat amatlah diharapkan bagi mengimarahkan majlis.

*Majlis diadakan di:
Markaz PAS Cawangan Taman Dato;’ Senu,

No. 35, Jalan Dato’ Senu 12,

Taman Dato’ Senu,

51000 Sentul,

Kuala Lumpur.

KULIYAH ISYA' USTAZ MALEK 'TAPAH'

Malam ini (Rabu, 06.08.08) Kuliah Isya' Ust Malek 'Tapah' di Markaz Tarbiyyah Pas Caw. Tmn. Dato' Senu, No. 35, Jalan Dato' Senu 12, Taman Dato' Senu, 51000 Sentul, Kuala Lumpur.

Ust Malek akan mengajar dari Kitab 'Tuhfaturroghibin' (Tauhid) dan 'Wabak Sepanjang Jalan' (Haraki).

'Wabak Sepanjang Jalan' membincangkan tentang perkara-perkara atau faktor-faktor yang menyebabkan kelesuan kepada ahli jemaah Gerakan Islam dalam menjalankan gerak kerja perjuangan.

Insya-Allah kuliyah akan dimulakan pada pukul 9.45 malam.

Datanglah beramai-ramai bagi mendapat keredhaan Allah dan secara tak lansung mengimarahkan lagi majlis ini, Insya-Allah.

Minta war-warkan!

Selasa, Ogos 05, 2008

EZAM 'TIKAM UMNO DARI BELAKANG'?

Ketika Ahli Parlimen Kulim menawar kerusinya kepada Anwar, Ezam melompat untuk menawarkan diri sebagai lawannya. Namun setelah teki-teki dimana Anwar bertanding didedahkan, Ezam kembali pasak ke kandangnya.

Ketika ditanya oleh wartawan mStar tentang Pilihanraya Permatang Pauh, Ezam sekadar menjawab;

“Anwar punya peluang untuk menang di Permatang Pauh kerana itu kerusi yang pernah disandangnya sebelum ini,”

Beliau juga enggan menawarkan diri atas alasan bahawa Umno Permatang Pauh mahu “anak Permatang Pauh menjadi calon” memandangkan beliau yang baru menyertai semula Umno tiga bulan lalu belum dapat diterima sepenuhnya oleh penduduk kawasan berkenaan.

Ini membuktikan bahawa kehadiran Ezam belum mampu menarik perhatian ahli Umno, malah dicurigai oleh kebanyakkan ahlinya.

Kenyataan beliau bahawa Anwar berpeluang untuk menang boleh ditafsirkan sebagai menikam Umno dari belakang kerana meluahkan pandangan yang boleh membunuh motivasi ahli Umno Permatang Pauh.

Walaupun beliau berjanji untuk turun berkempen, namun itu tidak bermakna Umno akan menang. Pilihanraya kecil ini akan menjadi pentas buat Ezam menunjukan kesetiaannya pada Umno yang kini masih lagi berbelah bahagi kerana lawan mereka kali ini adalah mantan bosnya yang telah mendidik dan memberikan banyak ilmu padanya.

Pada kebiasaannya, agak sukar untuk anak murid melawan ilmu gurunya. Hakikatnya, ilmunya itu cukup untuk menjadi bahan jenaka dan ditertawakan sahaja.

-sumber: Pemuda Wilayah

KONSERT AVRIL LAVIGNE MENGHINA PENGORBANAN PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) kecewa dengan sikap talam dua muka yang ditunjukan oleh Jawatankuasa Permohonan Artis Luar Negeri (Puspal). Pada bulan lepas mereka membatalkan Konsert Inul di Stadium Bukit Jalil atas desakkan orang ramai. Tapi dalam diam mereka mereka membenarkan pula Konsert Avril Lavigne di Stadium Merdeka pada hari Jumaat 29 Ogos nanti.

Pemudawilayah memandang serius diatas tindakan berkenaan dan membantah kehadiran artis ini sempena meraikan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-51. Ini bukanlah budaya kita dan tidak seharusnya Puspal yang bernaung di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) mengambil kesempatan untuk merosakkan sambutan kemerdekaan negara.

Ini adalah suatu perkara yang tidak dapat dimaafkan kerana pihak Puspal yang menjadi sebahagian dari Agensi Kerajaan yang biayai dari hasil titik peluh rakyat seharusnya memainkan peranan untuk menapis permohonan persembahan artis dari luar negara. Tapisan ketat perlulah dibuat bagi artis-artis yang mengadakan pertunjukan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.

Jika dilihat dengan latar budaya masyarakat Malaysia kini, kita sudah jauh dari mengamalkan keperibadian dan generasi baru semakin hilang jati diri. Subbudaya dari luar diasimilasikan dan dijadikan gaya hidup.

Tingginya gejala sosial hari ini berpunca dari kegagalan KPKKW sendiri. Walau pun mereka melancarkan kempen Budi Bahasa dan pelbagai lagi kempen kebudayaan, semuanya gagal dan tidak bermanfaat. Apa yang mereka lakukan hanyalah menaburkan madu diatas racun yang telah disemai terlebih dahulu.

Pemudawilayah mendesak agar Puspal menolak permohonan Konsert dari artis ini walaupun mendapat tajaan dari Syarikat Maxis. Rakyat Malaysia sudah terlalu banyak disumbatkan dengan budaya berhibur.

Tindakan meluluskan konsert ini adalah suatu penghinaan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair. Seharusnya bulan kemerdekaan ini dihayati dan pengorbanan nenek moyang kita di ingati pada bentuk yang lebih positif bukannya memanggil waris penjajah untuk mengajar anak-anak muda kita untuk menjadi ‘beruk’ moden yang terkinja-kinja tanpa hala tujuan.

Pemudawilayah tidak menolak hiburan. Tapi jika inilah yang dihadapkan pada anak bangsa yang merdeka ini kami sesekali tidak akan bersetuju dan akan menentangnya. Pemudawilayah akan menghantarkan memorandum dan kempen bagi menentang konsert ini serta konsert lain yang tidak sesuai dengan roh dan semangat merdeka.

Kami juga akan menghantar satu delegasi untuk berbincang dengan Puspal dan pihak berkepentingan dalam tempoh terdekat bagi menyampaikan bantahan dan cadangan terhadap isu ini.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

-sumber: Pemuda Wilayah

KULIYAH ISYA' USTAZ MOKTAR RAMLI

Malam ini (Selasa, 05.08.08) Kuliah Isya' Ust Moktar Ramli di Markaz Tarbiyyah Pas Caw. Tmn. Dato' Senu, No. 35, Jalan Dato' Senu 12, Taman Dato' Senu, 51000 Sentul, Kuala Lumpur.

Ust Moktar Ramli akan mengajar dari Kitab 'Kanun Jenayah Syariah'.
Insya-Allah kuliyah akan dimulakan pada pukul 9.45 malam.

Datanglah beramai-ramai bagi mendapat keredhaan Allah dan secara tak lansung mengimarahkan lagi majlis ini, Insya-Allah.

Minta war-warkan!

Ahad, Ogos 03, 2008

TOK GURU NIK AZIZ BERJAYA “checkmate” JERAT PERDANA MENTERI


Oleh: Tarmizi Mohd Jam


PENULIS blog, Dato' A Kader Jasin menyifatkan ketidakmampuan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk berartikulasi ketika mendedahkan wujudnya pertemuan Umno-PAS kepada media telah mencetuskan keresahan di dalam Umno dan di kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Telahan Kader itu tidak banyak simpang-siurnya dengan view kebanyakan pemerhati politik dan bloggers kritis di negara ini. Itulah, kelemahan yang terang masih terlekat pada diri Pak Lah.

Katanya, seandainya tujuan Abdullah menghebahkan pertemuannya dengan PAS itu untuk mendapat perbatuan politik (political milage) maka matlamat beliau mungkin tidak tercapai ditambah pula sikap media massa arus perdana yang tidak kritikal, seperti biasa, menyebabkan kenyataan itu menjadi bahan pertikaian dan gurauan.

Sepatutnya, jelas beliau pada blognya, Abdullah menjawab pertanyaan media secara rasional dan meyakinkan, sebaliknya beliau membalas: “Tidak perlu bagi saya memberi butir kerana akhirnya kamu semua akan membuat bermacam-macam spekulasi.”

Katanya lagi, mungkin bukan tujuan Abdullah menggabungkan Umno dan PAS, tetapi tawaran Nik Aziz untuk membubarkan PAS dan bergabung dengan Umno bagi menubuhkan sebuah parti Islam yang besar, dilihat sebagai perang psikologi yang mantap.

Dengan merujuk kepada Islam sebagai landasan bagi menyatupadukan umat Islam, Kader menyifatkan, Nik Aziz berjaya mengepung Presiden Umno itu ke satu penjuru yang sukar baginya untuk melepaskan diri.

"Adakah Abdullah dan penyokong-penyokong fanatiknya sanggup membubarkan Umno dan menghumbankan ideologi nasionalisme untuk bergabung dengan PAS dalam sebuah parti Islam yang besar?" soal Kaderdalam blognya.

Pendukung, ahli dan penyokong PAS, dakwanya, tidak akan rugi apa-apa dengan membubarkan parti itu dan bergabung dengan Umno untuk menubuhkan sebuah parti Islam universal kerana ideologi dan perjuangan Islam mendapat anjakan besar.

Kader merumuskan, dalam permainan catur, kenyataan Tok Guru Nik Aziz itu disebut “checkmate” iaitu menyekat atau mematikan pergerakan Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi dalam isu yang dibangkitkannya sendiri.

Dan di sana, kehadiran Tok Guru Nik Aziz telah menjadikan pendirian PAS seperti yang termaklum hari ini. Maka, usaha Umno yang mendalangi strategi untuk menyeret PAS ke dalam BN, terbantut dan meletakkan parti itu dalam keadaan terus lemas menunggu maut.

-Sanggahtoksago.com

Sabtu, Ogos 02, 2008

INFO:


UNTUK MENGELAKKAN 'HILANG INGATAN' DAN TUMPUL MINDA

-Kurangkan makan bawang besar
-Kurangkan makan berempah
-
Kurangkan makan ketumbar kering
-
Elakkan menonton hiburan (yang melalaikan)
-
Elakkan membaca majalah hiburan (yang melalaikan)
-
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
-
Kurangkan minuman air batu, air dalam tin (air bergas dan lain2)
-
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kepada kanak2
-
Jangan makan kepala ikan
-
Jangan minum air yang ada semut
-
Jangan tidur selepas subuh
-
Jangan tidur selepas asar
-
Jangan tidur selepas makan
-
Jangan makan terlalu kenyang
-
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
-
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
-
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
-
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
-
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


PERKARA-PERKARA YANG PERLU KITA AMALKAN

-Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
-
Selalu makan makanan yang panas2 (jgn terlampau panas..melecur..naye)
-
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
-
Selalu minum air masak
-
Selalu makan ulam2
-
Selalu mengamalkan pandangan hijau
-
Selalu bersenam
-Selalu menggunakan imaginasi otak
-
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
-
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
-
Jangan ego
-Jangan dengki pada orang lain
-Jangan makan dari sumber yang tidak halal
-Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
-Jangan makan makanan yang ada pewarna
-Jangan makan makanan yang ada pengawet
-Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
-Jangan mandi selepas 9.00malam
.

.....dan yang paling penting dibawah ini........


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).

Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,

mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal

(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu

berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam

perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap

diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang

bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita

hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur

dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan

menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya

cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama

dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE maklumat ni. Sebarkan kepada semua saudara Islam yang anda kenal !!
Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Sumber: Email Kengkawan.