Khamis, Julai 31, 2008

KULIAH ISYA' - UST FADHIL NOOR AL-YAMANI

Malam ini (Khamis-31hb Julai 2008) insya-Allah akan diadakan Kuliah Isya' oleh USTAZ MOHD FADHIL NOOR BIN ABDUL KARIM di Markaz Tarbiyyah PAS Caw. Taman Dato' Senu di alamat No.35, Jalan Dato' Senu 12, 51000 Sentul, K.Lumpur pada jam 9.45 malam.
USTAZ MOHD
FADHIL NOOR BIN ABDUL KARIM merupakan Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan, juga sebagai Pengarah MTD DUN Chini serta AJK Lajnah Tarbiyyah Dewan Ulama' PAS Negeri Pahang.
Dilahirkan di Kedah, kini menetap di Pahang. Merupakan bekas pelajar di Madrasah Darul Mustafa, Hadramaut, Yaman dan Universiti Al-Azhar Caw. Tanta, Mesir.
Datanglah beramai-ramai bagi mengimarahkan majlis ilmu ini.

PROGRAM REHLAH PEMUDA PAS KAWASAN BATU

Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu (DPPKB) dalam perancangan untuk mengadakan program 'REHLAH' untuk seluruh Pemuda PAS yang berada di dalam Kawasan Batu. Kepada yang sudah berkeluarga adalah diutamakan. Insya-Allah program akan diadakan pada hari Ahad-10hb Ogos 2008 ini, bertempat di Hutan Lipur Lentang. Yuran yang disyorkan hanyalah RM30.00 bagi sebuah keluarga. Acara 'Sukan Air' akan diadakan bagi memeriahkan lagi program ini. Maklumat lanjut boleh terus berhubung melalui talian 012-6984302 (S/U Program) atau 013-3970069 (Pengarah Program).

"Blog Tak Rasmi"

Asalnya blog ni dibina atas dasar peribadi sahaja. Tapi nampaknya kemungkinan besar akan diperluaskan menjadi "Blog Tak Rasmi" bagi PAS Cawangan Taman Dato' Senu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu (DPPKB) dan PAS Kawasan Batu sendiri. Insya-Allah segala aktiviti & program yang bersangkut-paut dengan ketiga-tiga organisasi tersebut akan diwar-warkan sedaya mungkin.

DIALU-ALUKAN...

Amatlah dialu-alukan kepada sekelian 'Alim Ulama', Tuan-Tuan Guru, para Ustaz & Ustazah, para Daei dan kepada sesiapa saja yang ingin menyumbangkan artikel atau tulisan-tulisan mahupun pandangan di dalam sesuatu perkara, terutamanya untuk kepentingan Islam serta Umatnya, bolehlah emailkan kepada admin melalui: insankerdil@gmail.com

Selasa, Julai 29, 2008

ASY-SYAHID SYEIKH AHMAD YASIN



Pembunuhan kejam pengasas kumpulan HAMAS, Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pada 22 Mac 2004, memang mengejutkan umat Islam seluruh dunia. Pemimpin yang lumpuh hampir seluruh tubuh serta rabun penglihatan itu, diserang oleh Israel dengan tiga peluru berpandu sejurus selepas beliau menunaikan solat Subuh.

Walau bagaimanapun, kematian beliau merupakan “kehidupan baru” bagi perjuangan suci membebaskan Baitul Maqdis. Ia menyalakan lagi api perjuangan yang semakin terang-benderang.

Kematian yang sungguh indah bagi pejuang agung yang menghabiskan seluruh hidupnya untuk jihad,” ujar Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi sebaik saja mendengar berita kematian “Amir Syuhada” itu. Dia telah menepati janjinya sebagaimana firman Allah SWT, ertinya:

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur. Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya).”
(Al-Ahzab:23)

Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pernah mengungkapkan "Kita memilih jalan ini dan kita akan menamatkannya dengan syahid dan kemenangan”.

Beliau menepati janjinya iaitu ”Syahid” pada Isnin, 22 Mac 2004, setelah dibedil dengan peluru berpandu dari helikopter Apache Israel, dalam kempen Israel untuk menghapuskan kepimpinan HAMAS menjelang pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza.

Ribuan penyokong HAMAS berpusu-pusu ke rumah mayat Hospital Shifa’ untuk melihat kali terakhir wajah mujahid agung ini. Langit kelihatan hitam sebagai tanda turut berkabung atas kematiannya.

Setelah berjalan jauh di atas jalan jihad, akhirnya beliau mandapat apa yang dicita-citakannya iaitu Syahid. Tibalah masa untuk beliau mengadap Tuhannya.

Seluruh isi Palestin menangis. Mereka membanjiri jalan-jalan, seraya berkejaran untuk melihat wajah terakhir beliau, memeluknya penuh rindu, dan bersumpah akan bertindak balas atas kebiadaban yang dipentaskan oleh Zionis Israel.

Sekiranya mereka boleh meminta dan mendapat kesempatan, pastilah setiap orang pada waktu itu ingin menjadi orang yang menghantar jenazah beliau ke perkuburan. Ataupun sekurang-kurangnya mendapat kesempatan untuk menyaksikan wajahnya yang menyejukkan. Atau sekadar meraba tapak tangannya yang hancur supaya dapat belajar bagaimana cara memukul musuh dengan baik, serta bagaimana seharusnya menjalani kehidupan ini.

Sebagaimana Asy-Syahid pernah berkata: "Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku ke atas kami, sehingga tiada satu kaum pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun (dikalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas...(Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh) yang berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami?"

Catatan ini dinukil daripada prakata buku ”Syeikh Ahmad Yasin – PERJUANGAN MEMBURU SYAHID” oleh Muhammad Umar Ghazali, terbitan Smartlife Resources, 2005.

FIKRAH GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN


Sesuatu pertubuhan yang dikatakan Gerakan Islam hendaklah mendukung ajaran Islam yang syumul. Sekiranya hanya bertujuaan untuk satu-satu tujuan sahaja, seperti da’wah semata-mata, ia bukanlah sebuah Gerakan Islam. Ikhwanul Muslimin, sebagai Gerakan Islam, mencakupi:

DA’WAH SALAFIAH
Kerana mereka menda’wahkan agar Islam dikembalikan kepada sumbernya yang suci iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

TARIQAT SUNNIAH
Kerana mewajibkan menjalankan Sunnah Rasulullah SAW yang suci dalam semua hal, terutama dalam bidang Aqidah dan Ibadah, selama mereka mampu melakukannya.

HAKIKAT SUFIAH
Kerana mereka memahami, bahawa asas kebaikan adalah kebersihan jiwa, kesucian hati, istiqamah dalam beramal, menjauhi keduniaan, kasih sayang kerana Allah dan selalu terikat dengan kebaikan.

HAIAH SIASIAH (Pertubuhan Politik)
Kerana mereka menuntut agar dilakukan perbaikan terhadap hukum pemerintahan dalam negeri. Sedangkan mengenai hubungan luar negeri, mereka menuntut agar pemerintahan mengubah pandangannya terhadap masalah hubungan kaum muslimin dengan umat Islam lainnya. Mereka juga menuntut agar bangsa muslim dididik dengan penuh `Izzah’ (kebangaan) dan kemuliaan diri dan seboleh mungkin diperhatikan golongan umat Islam.

JAMA’AH RIYADHIAH (Kumpulan Jasmani)
Kerana mereka sangat memperhatikan keadaan jasmani mereka. Mereka memahami bahawa mukmin yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah. Mereka mengetahui bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ”Sesungguhnya badanmu mempunyai hak atas dirimu”. Mereka juga mengetahui bahawa semua beban Islam tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan benar kecuali dengan tubuh yang kuat. Solat, puasa, haji dan zakat memerlukan badan yang mampu menahan lelah. Demikian pula halnya dengan berusaha dan bejuang mencari rezeki. Dengan alasan inilah, mereka sangat memperhatikan fizikalnya dan sentiasa menjalani latihan jasmani, seperti Tamrin dan Kem.

RABITHAH ILMIYAH TSAQAFIYAH (Ikatan Ilmiyah)
Kerana Islam telah memerintahkan bahawa menuntut ilmu wajib atas setiap muslim dan muslimah. Dan pada hakikatnya kelompok-kelompok Ikhwan merupakan sekolah-sekolah dan usrah-usrah yang bertujuan belajar dan mencari ilmu pengetahuan. Disamping itu, juga sebagai akademi-akademi pendidikan jasmani, akal dan ruh.

SYIRKAH IQTISHADIYAH (Usaha-Usaha Ekonomi)
Islam memperhatikan hal perolehan harta dan penggunaannya. Seperti yang dinyatakan Rasulullah SAW: ”Harta yang paling nikmat adalah harta yang baik, yang dipegang oleh seorang yang soleh”. Selanjutnya baginda bersabda: ”Barang siapa yang hidup sampai petang bekerja dengan tangannya, dia akan berada dalam keampunan”. Sabdanya lagi: ”Sesungguhnya Allah mengasihi mukmin yang punya pekerjaan”.

FIKRAH KEMASYARAKATAN
Kerana mereka memperhatikan penyakit-penyakit masyarakat Islam dan berusaha mencari jalan penyembuhan ummat dari penyakit tersebut.


(sumber internet)

Dinukil daripada buku `Memperingati 100 Tahun - Hassan Al-Banna’ susunan Ustaz Riduan Mohd Nor, terbitan MHI PUBLICATION, 2007.

Khamis, Julai 24, 2008

ASSALAMUALAIKUM buat semua...


Inilah dikatakan SURATAN ILAHI. Tidak pernah terlintas di dzihiin ku sebelum ini untuk sama-sama memeriahkan arena blog ini. Tidak pasti adakah langkah ku ini terlewat atau sebaliknya, sumbang atau bagaimana? Mungkin aku perlu istiqorah dulu sebelum menceburinya. Tapi... kaki dah mencecah tanah (walaupun baru sebelah). Alang-alang menyeluk pekasam...biar sampai kepangkal lengan.. peribahasa pusaka orang tua kita. Sama-samalah kita tunggu dan lihat macamana. Moga Allah kurniakan taufiq dan hidayah kepada kita semua...terutama AKU... hamba yang lemah lagi hina. Wassalam.

SALAM UKHWAH DARI KU UNTUK SEMUA
Insan kerdil